THURSDAY, MAY 15, 2014
PKR menuju kehancuran
Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diperberanakkan dari perjuangan keluarga dan sahabat handai untuk membebaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan jenayah seksual tahun 1998 kini menuju kehancuran. Pemilihan PKR yang berlangsung sekarang membayangkan bayangan tersebut apabila banyak cabang PKR diwarnai dengan pergaduhan dan kekecohan.
PKR akan berkubur seandainya Anwar Ibrahim dipenjarakan tidak lama lagi. Tempuh Anwar Ibrahim berehat dalam penjara memutuskan hubungan dunia politik seterusnya memisahkan dia dengan PKR. Selepas keluar dari penjara Anwar Ibrahim sudah menjadi sangat tua untuk bergiat dalam politik.
PKR sebuah parti politik yang tidak ada idealisme selain membebaskan Anwar Ibrahim akan larut dalam perubahan pemikiran politik rakyat yang pesat berlaku sekarang. Kalau UMNO dengan perjuangan Melayu Islam, DAP dengan perjuangan kaum Cina, MCA perjuangan kaum Cina tetapi PKR gagasannya memperjuangkan "keadilan" yang sangat subjektif sifatnya.
Kononnya di negara ini tidak ada keadilan selepas Anwar Ibrahim dipecat, sekiranya dia masih dalam UMNo dan kerajaan sudah tentu wujud keadilan walaupun semua maklum Anwar Ibrahim tidak berlaku adil semasa dia dalam kerajaan.
Pergolakan dalam PKR ketika ini menunjukkan Anwar Ibrahim sudah tidak ada suara dalam parti itu. Dia gagal mengawal Khalid Ibrahim yang sudah menunjuk taring untuk mengingkari arahannya. Azmin Ali yang sangat dipercayai juga sudah menjadi penentang beberapa dasar Anwar terutama di Selangor.
PKR yang tidak mampu menguruskan pemilihan menunjukkan parti ini tidak mampu mentadbir negara sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan. PKR condong kepada DAP dan kerap memujuk Pas supaya toleran dengan dasar dasar anti Islam DAP.
Sekarang kita hanya menunggu detik PKR dikuburkan oleh pejuang PKR sendiri. Presiden PKR Wan Azizah sudah lama dipatungkan oleh Anwar Ibrahim. Saya tidak percaya Azmin Ali boleh memanjangkan usia PKR yang semakin tenat ini.
No comments:
Post a Comment