Monday, 14 December 2015

Malu Kalau Jadi Melayu Islam UMNO


 "Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir semalam menyaksikan Najib beria-ia menyakinkan perwakilan (yang sememangnya yakin) dan rakyat Malaysia bahawa Malaysia akan menghadapi bencana jika rakyat memilih pembangkang memerintah Malaysia kerana pembangkang dikatakan didominasi oleh parti DAP yang didakwa anti perjuangan Islam dan juga menolak perjuangan Melayu Bumiputera. Aku sebenarnya bersyukur kerana dilahirkan didalam agama Islam dan berketurunan Melayu walaupun tidak pasti dari puak mana kerana Melayu mempunyai pelbagai puak seperti Melayu Deli, Melayu Jawa, Melayu Bugis dan kini terdapat Melayu Mamak. Tapi aku lebih bersyukur kerana dilahirkan beragama Islam dan berketurunan Melayu tetapi bukan Melayu Islam UMNO.  Melayu Islam UMNO adalah golongan yang diberi Allah untuk memerintah bumi Malaysia semenjak Merdeka tahun 1957 sehingga sekarang 2015. 

Sepanjang memerintah selama 58 tahun apa yang Melayu Islam UMNO lakukan? Memertabatkan Islam jauh sekali, meningkatkan ekonomi Melayu pun lagi jauh. Apa yang Melayu Islam UMNO lakukan sepanjang 58 tahun memerintah Malaysia ialah memperkayakan kroni dan melingkupkan negara Malaysia. Melayu Islam UMNO tidak memerintah negeri Kelantan tetapi dibawah pengurusan arwah Tn.Guru Nik Aziz, Kelantan lebih mengamalkan pentadbiran cara Islam berbanding negara Malaysia yang diperintah oleh Melayu Islam UMNO. Cuma keadaan terkini Kelantan setelah ketiadaan arwah Tn.Guru Nik Aziz yang mana pimpinan sekarang yang lebih mesra kepada Melayu Islam UMNO mungkin bakal cara pentadbiran akan sama dengan cara mentadbir Malaysia oleh Melayu Islam UMNO. Berbalik kepada Melayu Islam UMNO. Seperti yang saya katakan tadi, tiada apa yang boleh dibanggakan menjadi Melayu Islam UMNO. Para perwakilan berdegar-degar bercakap tentang ketuanan Melayu dan memertabatkan Islam tetapi dibelakang apa yang mereka lakukan. Masing-masing tunjuk hero bagi lelaki dan heroin bagi perempuan semasa berucap kononnya nak membela bangsa Melayu dan agama Islam tetapi sedarkah mereka yang sekarang ini rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu semakin terpinggir atas dasar yang Melayu Islam UMNO laksanakan sepanjang 58 tahun memerintah. Lupakan kisah penjajahan British dan Jepun kerana sehingga hari ini selepas 58 tahun, negara kita masih lagi dijajah oleh British dan juga Jepun. Undang-undang negara kita masih lagi dijajah oleh Load Reid dan kebanyakkan kenderaan yang berada di Malaysia dijajah oleh Jepun. Lupakan kisah makan ubi kayu semasa zaman Jepun kerana dengan keadaan semasa hasil pemerintahan Melayu Islam UMNO, rakyat Malaysia dah ada yang makan ubi kayu kerana tidak mampu membeli beras. Jadi apakah yang boleh dibanggakan dengan kepimpinan Melayu Islam UMNO.  

   Seronok dengar perwakilan berucap. Berapi-api. Kutuk menteri kononnya tak pandai bagi jawapan tak pandai jaga kepentingan rakyat terutamanya melayu dan akhirnya presiden yang dipersalahkan. Tapi yang dok berucap tu lupa yang dia pun dah jual tanah melayu di Pulau Pinang. Tu pun orang tepuk tangan kerana seronok dengar perkatan baru “TOYU” yang berwarna macam kulit dia. Itu Melayu dari puak mamak yang kini banyak memegang jawatan tinggi UMNO yang dipimpin oleh Melayu Bugis. Malam tadi kita dengar Najib menyalahkan Mahathir diatas kenaikkan tambang ERL kerana perjanjian konsesi ditandatangani semasa pemerintahan Mahathir. OK fine… tapi tambang ERL tetap kena GST kan? GST tu pula siapa yang perkenalkan. Konsesi TOL disambung lagi adakah salah Mahathir? Daripada saya bujang hingga kini dah bercucu, konsesi TOL tak pernah tamat, asyik bersambung. Lepas Mahathir, Pak Lah sambung, lepas Pak lah Najib sambung, lepas ni kalau Melayu Islam UMNO yang lain pula jadi PM akan sambung lagi. Tak kira lah Mahathir ke, Pak Lah ka, Najib ka, yang pasti Melayu Islam UMNO yang sambung. Duit Malaysia jatuh pun kerana Melayu Islam UMNO yang buat. Lepas tu canang seluruh negara, ekonomi dunia merudum. Merudum apa???? Duit Thai Bath lebih besar dari kita, duit Singapore Dollar lagi besar dari kita, duit Brunei Dollar tak pernah kita potong nilainya sejak dari dulu, ni cina DAP anti Islam kah yang buat bagi jatuh???? Kita tengok Melayu Islam UMNO meniaga, 1MDB rugi berbillion masih boleh berjalan, MAS rugi berbillion pun masih boleh berjalan..(last-last kena jual), Petronas untung berbillion kini pekerja Petronas pun kena kurangkan gaji bagi langkah penjimatan, Bank Bumiputera hilang ganti dengan CIMB, tanah Felda tergadai, Pulau Batu Putih hilang…semua Melayu Islam UMNO buat. 

Bila suruh presiden UMNO turun, al fadhil fatul bari pun keluarlah cerita  Khalifah Uthman ibni Affan yang didesak meletak jawatan tetapi enggan kerana patuh kepada agama. Dibuatnya perbandingan dengan Najib yang katanya jawatan Najib tu amanah dari Allah. Kalau macam tu tak payahlah Mahathir meletak jawatan. Biarlah dia perintah sampai mati. Itukan amanah dari Allah. Masa Najib ikut desak Pak Lah letak jawatan, tak kata pula Pak Lah jangan letak jawatan sebab itu amanah dari Allah. Untuk Fathul Bari, mai sini kita tengok beza Najib dengan Khalifah Uthman ibni Affan. Khalifah Uthman bin Affan berasal daripada Bani Umaiyah. Beliau lahir pada tahun 576M.. Nama sebenarnya, Uthman bin Affan bin Abil As bin Umaiyah. Beliau terkenal sebagai hartawan yang dermawan, bersifat lemah lembut, bertolak ansur, dan mempunyai sikap simpati yang tinggi terhadap golongan yang memerlukan. Beliau digelarkan Zun Nurain (mempunyai dua cahaya) kerana pernah mengahwini dua orang puteri Nabi Muhammad s.a.w. selepas salah seorang daripadanya meninggal dunia. Perlantikan Saidina Uthman bin Affan mejadi khalifah adalah melalui majlis syura. Sebelum Khalifah Umar bin al-Khattab meninggal dunia, enam orang calon yang layak telah dicadangkan termasuklah beliau dan Saidina Ali bin Abu Talib.  Dalam mesyuarat yang telah diadakan selepas Khalifah Umar meninggal dunia, Saidina Ali dan Saidina Uthman telah mendapat undi yang sama banyak. Abdul Rahman bin Auf yang menjadi pengerusi mesyuarat telah meninjau pendapat orang ramai tentang isu tersebut.

 Akhirnya, dengan persetujuan orang ramai Saidina Uthman telah dilantik menjadi khalifah yang ketiga. Dari segi politik, Khalifah Uthman berjaya meluaskan wilayah Islam hingga ke Afghanistan, Samarkand, Cyprus dan Tripoli. Beliau juga telah bertanggungjawab mengukukkan pertahanan negara dengan membina angkatan tentera laut Islam yang di anggap sebagai yang pertama dalam sejarah pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Apabila agama Islam semakin tersebar luas, berlakulah kepelbagaian cara bacaan (qiraat) ayat al-Quran di  pelbagai wilayah itu. Untuk meyelaraskan bacaan tersebut, Khalifah Uthman telah mengistiharkan sebuah naskah al-Quran yang dikenali sebagai Mushaf Uthmani. Semasa pemerintahanya, Khalifah Uthman juga telah membina jalan raya, jambatan dan rumah rehat bagi kemudahan para pengembara. Beliau telah meneruskan usaha mempertingkatkan ekonomi dengan mengukuhkan peranan baitulmal dengan menggunakannya untuk membiayai pembangunan negara dan juga memperkuat angkatan tentera laut Islam seperti membeli peralatan senjata dan kapal. Jizjah (Jizyah adalah hak yang diberikan oleh Allah kepada kaum Muslimin untuk menuntutnya daripada orang-orang kafir, kerana mereka tunduk kepada pemerintahan Islam (Daulah Islamiyah).Jizyah ialah cukai yang dikenakan ke atas individu bukan Islam yang berlindung di negara Islam. Jizyah merupakan harta umum yang dibahagikan mengikut kemaslahatan rakyat, dan wajib diambil setiap satu tahun dan tidak wajib diambil sebelum satu tahun. Hukum jizyah adalah wajib berdasarkan nash Al-Quran.) yang dikenakan kepada penduduk bukan Islam juga dikekalkan dan merupakan antara sumber pendapatan. 

Jadi tang mana yang fathul bari nak bandingkan khalifah Uthman Bin Affan? Yang nampak sama adalah mereka sama-sama Hartawan tetapi seorang dermawan dan sorang lagi belanjawan. Kedua  yang nampak hampir sama adalah kutip cukai, tapi seorang kutip cukai setiap detik jam bergerak, manakala sorang lagi kutip cukai setahun sekali. Cukup-cukup lah Melayu Islam UMNO merosakkan imej Melayu Islam Malaysia. Kalau macam ini cara kita nak tunjukkan imej Melayu Islam, jangan haraplah syiar Islam akan berkembang kepada penganut agama lain. Kaum Cina, India, Iban, Kadazan, Murut dan macam-macam etnik di negara ini tidak akan tertarik dengan cara Melayu Islam UMNO ni. Melayu Islam cara arwah Tn.Guru Nik Aziz dan Ustaz Fadhzil Noor amat disenangi oleh pelbagai kaum sehinggakan ramai rakyat yang bukan beragama Islam dan tidak berbangsa Melayu menangisi permergian mereka menghadap Illahi. Malas aku nak tulis panjang2 lagi sebab akhirnya puak-puak totok UMNO akan cakap apa pun hang tulis, darah aku bukan merah macam hang, darah aku warna biru pekat sehingga keakhir hayat………. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN at 12/13/2015 08:15:00 PTG 

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

No comments: