Thursday, 3 December 2015

SPAD /

Kerajaan Bn Pro Perompak Jalanan.SPAD = Suruhanjaya Penghisap Darah
Posted on Thursday, December 03 @ 09:40:25 MYT by paktam
Oleh DATO' HJ MAHFUZ BIN HJ OMAR
1. Pengumuman kenaikan kadar tambang ERL untuk perjalanan satu hala dari KL Sentral ke KLIA dan KLIA2 daripada harga RM35.00 kepada RM55.00. Kenaikan sebanyak RM20.00 adalah suatu yang sangat membebankan pengguna. Kenaikan ini juga membabitkan perjalanan KL Sentral ke Putrajaya dan Cyberjaya.
2. Kenaikan ini sudah pasti akan membebankan pengguna kerana harga tambang ERL akan jadi lebih mahal daripada harga tambang murah untuk perjalanan dengan kapal terbang dari KLIA atau KLIA2 ke mana-mana destinasi.

 Kenaikan tambang ERL sudah pasti akan melipatgandakan keuntungan syarikat dengan peningkatan penumpang 40% sejak pengoperasian ERL 2002 dan selepas syarikat ERL Sdn. Bhd milik YTL Corporation juga menerima RM5.00 daripada cukai lapangan terbang untuk setiap penumpang penerbangan antarabangsa, melalui satu perjanjian selama 30 tahun.3. Kenaikan ini berturutan sepanjang tahun 2015 walaupun kenaikan tambang ERL akan bermula 1 Januari 2016 tetapi keputusan kenaikan dibuat dalam tahun 2015. Sepanjang tahun 2015 berlaku kenaikan tambang teksi, bas ekspres, monorel, komuter dan LRT yang menjadikan pengguna di sekitar Lembah Kelang khususnya tiada pilihan lain untuk menggunakan perkhidmatan yang tidak membebankan. Untuk memilih mengguna perjalanan dengan kenderaan sendiri, para pengguna dikepung pula dengan tol dan kenaikan kadar tol baru-baru ini.
4. Kenaikan ini menjadikan SPAD sebagai Suruhanjaya Penghisap Darah dan bukannya suruhanjaya untuk menjayakan sistem pengangkutan yang yang selesa serta tidak membebankan rakyat.
5. Kenaikan ini juga menunjukkan Kerajaan membohongi rakyat bila menarik dan menghapuskan segala macam subsidi atas alasan kononnya untuk menyediakan sistem pengangkutan terbaik dan tidak membebankan rakyat. Kenaikan ini menjadikan Kerajaan BN pro perompak berlesen yang merompak di sepanjang perjalanan rakyat.
SELAMATKAN RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA.
DATO' HJ MAHFUZ BIN HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
2 Dis 2015/20 Safar 1437H

No comments: