Oleh kerana itu sekiranya sekarang ini reputasi dan kebolehpercayaan terhadap kerajaan terjejas oleh persepsi pihak tertentu, ini adalah kegagalan cyber trooper kerajaan dan blogger hantu raya UMNO. Maaf cakap, mereka tidak mampu untuk menguruskan dan mengalihkan persepsi kepada kerajaan.
dari Blog: Kayang dailypost
Sunday, 27 December 2015
SEDAP ULASAN
Artikel ini adalah petikan daripada laman Facebook Suara Tun Suara Rakyat dan tidak ada kena mengena dengan sesiapa di negara kita yang tercinta dan aman permai ini sama ada yang pernah berkuasa, sedang berkuasa, bakal habis kuasa atau mereka yang sedang mengejar kuasa.
Kata orang, sejarah ialah guru yang tidak pernah menipu dan belajar daripada sejarah adalah pedoman yang bermanfaat kepada sesiapa saja. (SH 27/12/2015).
Sunday, 20 December 2015
Peristiwa menjelang 1 Januari 2014 berulang
TUESDAY, DECEMBER 31, 2013
Inilah realitinya
Mulai esok penderitaan rakyat akibat kenaikan kos sara hibup akan bermula. Mulai esok tol di Lembah Kelang secara puratanya naik seratus peratus. Saya ulangi seratus peratus. Tambang pengangkutan awam juga akan naik. Tarif eletrik juga akan menyusul.
Penderitaan ini barangkali tidak dirasakan oleh para menteri dan warga kabinet yang membuat keputusan mewajarkan kenaikan tol, tarif eletrik dan harga barang. Sebabnya mereka berada dalam kedudukan berbeza terutama dengan golongan miskin bandar.
Kerajaan telah mengumumkan pelan penjimatan tetapi kelihatan tidak akan memberikan kesan yang besar terutama kepada kerajaan yang sebelum ini berlaku banyak pembaziran. Laporan Ketua Audit Negara baru baru ini membuktikan berlakunya ketirisan yang sangat serius di beberapa kementerian dan agensi kerajaan.
Rakyat juga disaran berjimat tetapi nak berjimat apa lagi kerana sebelum ini pun rakyat yang miskin bandar tidak bermewah mewah. Mereka terpaksa menggunakan kereta kerana perkhidmatan awam sangat lemah. Apabila menggunakan kereta mereka kena bayar tol yang naik seratus peratus.
Sepatutnya kerajaan yang dilihat bermewah mewah sudah lama berjimat, tidak menganjurkan program politik dengan menggunakan duit rakyat yang dikutip daripada bermacam macam cukai. Semua kementerian mempunyai dewan seminar yang boleh digunakan untuk banyak acara tetapi tetap dibuat di hotel hotel lima bintang.
Saya setuju dengan saranan Dr Asri Zainal Abidin bahawa pelan penjimatan ini juga mesti meliputi pihak istana. Tetapi bila saya kata setuju dengan Dr Asri mulalah puak puak tertentu melabelkan saya pembangkang. Isu penjimatan ini Dr Asri sudah tulis lama dulu dalam kolum dia di Mingguan Malaysia semasa beliau masih Mufti Perlis.
Satu frasa yang saya ingat sampai hari ini ialah kisah orang kampung yang makan nasi bungkus kongsi dua orang dan pada masa yang sama kerajaan menyarankan supaya berjimat. Orang kampung itu tidak tahu makna berjimat kerana mereka bukan berjimat tetapi hanya itu yang mampu dilakukan.
Pada masa yang sama pemimpin pemimpin di kota dihidangkan makanan mewah yang nilai satu meja boleh untuk penoreh getah menggunakan untuk hidup sebulan. Sekarang musim persekolahan bermula, ibu bapa dicengkam resah kerana keperluan anak anak untuk ke sekolah bukannya murah.
Dalam pada itu pula ada yang menyarankan supaya ibu bapa tidak membeli peralatan yang mahal untuk anak mereka ke sekolah. Hei, kalau nak beri nasihat fikirlah nasihat itu ditujukan untuk golongan mana? Tidak ada istilah barang mewah tetapi memang harganya meningkat dari tahun ke tahun.
Saya percaya walaupun sesetengah pemimpin kita semasa kempen pilihan raya turun ke pasar pasar ikan yang busuk dan hanyir sebagai tanda berjiwa rakyat tidak dapat menghayati penderitaan yang dilalui oleh rakyat. Mereka hanya berbuat demikian hanya atas desakan politik.
Ada pemimpin yang turut menorah getah tetapi mereka tidak merasakan kegetiran hidup menjadi penoreh kerana itu hanya pendekatan kosmetik supaya kelihatan memahami rakyat. Hari ini tinggallah penoreh getah, penjual ikan di pasar dengan realiti hidup sejak turun temurun. Lima tahun lagi mungkin ada pemimpin yang akan datang dan bersalaman.
Bukti kerajaan tidak mengendahkan pembaziran boleh disaksikan malam ini di Dataran Merdeka dan Putrajaya. Dalam keadaan rakyat menderita dengan bala kenaikan harga barang, satu pesta yang menelankan belanja besar tetap diadakan walaupun tidak menyumbang kebaikan kepada generasi muda.
Cuba kita fikirkan berapa kos sambutan tahun baharu di Dataran Merdeka malam ini? Kos sewa peralatan pentas, pentas, khemah yang mewah, bunga api dan bayaran untuk artis menyanyi lagu lagu yang melarutkan generasi muda dalam keseronokan sekalipun realitinya memeritkan. Kenapa tidak dimulakan pelan penjimatan dengan membatalkan sambutan tahun baharu malam ini?
Penderitaan ini barangkali tidak dirasakan oleh para menteri dan warga kabinet yang membuat keputusan mewajarkan kenaikan tol, tarif eletrik dan harga barang. Sebabnya mereka berada dalam kedudukan berbeza terutama dengan golongan miskin bandar.
Kerajaan telah mengumumkan pelan penjimatan tetapi kelihatan tidak akan memberikan kesan yang besar terutama kepada kerajaan yang sebelum ini berlaku banyak pembaziran. Laporan Ketua Audit Negara baru baru ini membuktikan berlakunya ketirisan yang sangat serius di beberapa kementerian dan agensi kerajaan.
Rakyat juga disaran berjimat tetapi nak berjimat apa lagi kerana sebelum ini pun rakyat yang miskin bandar tidak bermewah mewah. Mereka terpaksa menggunakan kereta kerana perkhidmatan awam sangat lemah. Apabila menggunakan kereta mereka kena bayar tol yang naik seratus peratus.
Sepatutnya kerajaan yang dilihat bermewah mewah sudah lama berjimat, tidak menganjurkan program politik dengan menggunakan duit rakyat yang dikutip daripada bermacam macam cukai. Semua kementerian mempunyai dewan seminar yang boleh digunakan untuk banyak acara tetapi tetap dibuat di hotel hotel lima bintang.
Saya setuju dengan saranan Dr Asri Zainal Abidin bahawa pelan penjimatan ini juga mesti meliputi pihak istana. Tetapi bila saya kata setuju dengan Dr Asri mulalah puak puak tertentu melabelkan saya pembangkang. Isu penjimatan ini Dr Asri sudah tulis lama dulu dalam kolum dia di Mingguan Malaysia semasa beliau masih Mufti Perlis.
Satu frasa yang saya ingat sampai hari ini ialah kisah orang kampung yang makan nasi bungkus kongsi dua orang dan pada masa yang sama kerajaan menyarankan supaya berjimat. Orang kampung itu tidak tahu makna berjimat kerana mereka bukan berjimat tetapi hanya itu yang mampu dilakukan.
Pada masa yang sama pemimpin pemimpin di kota dihidangkan makanan mewah yang nilai satu meja boleh untuk penoreh getah menggunakan untuk hidup sebulan. Sekarang musim persekolahan bermula, ibu bapa dicengkam resah kerana keperluan anak anak untuk ke sekolah bukannya murah.
Dalam pada itu pula ada yang menyarankan supaya ibu bapa tidak membeli peralatan yang mahal untuk anak mereka ke sekolah. Hei, kalau nak beri nasihat fikirlah nasihat itu ditujukan untuk golongan mana? Tidak ada istilah barang mewah tetapi memang harganya meningkat dari tahun ke tahun.
Saya percaya walaupun sesetengah pemimpin kita semasa kempen pilihan raya turun ke pasar pasar ikan yang busuk dan hanyir sebagai tanda berjiwa rakyat tidak dapat menghayati penderitaan yang dilalui oleh rakyat. Mereka hanya berbuat demikian hanya atas desakan politik.
Ada pemimpin yang turut menorah getah tetapi mereka tidak merasakan kegetiran hidup menjadi penoreh kerana itu hanya pendekatan kosmetik supaya kelihatan memahami rakyat. Hari ini tinggallah penoreh getah, penjual ikan di pasar dengan realiti hidup sejak turun temurun. Lima tahun lagi mungkin ada pemimpin yang akan datang dan bersalaman.
Bukti kerajaan tidak mengendahkan pembaziran boleh disaksikan malam ini di Dataran Merdeka dan Putrajaya. Dalam keadaan rakyat menderita dengan bala kenaikan harga barang, satu pesta yang menelankan belanja besar tetap diadakan walaupun tidak menyumbang kebaikan kepada generasi muda.
Cuba kita fikirkan berapa kos sambutan tahun baharu di Dataran Merdeka malam ini? Kos sewa peralatan pentas, pentas, khemah yang mewah, bunga api dan bayaran untuk artis menyanyi lagu lagu yang melarutkan generasi muda dalam keseronokan sekalipun realitinya memeritkan. Kenapa tidak dimulakan pelan penjimatan dengan membatalkan sambutan tahun baharu malam ini?
Siapa kata kerajaan membazir?
Perdana Menteri Najib Tun Razak menggariskan sebelas penjimatan selepas sana sini rakyat bercakap tentang mala petaka dan bencana hidup yang menimpa mereka selepas harga barang, minyak, tol dan rumah naik mencanak. Ini adalah satu mala petaka yang hanya akan menimpa golongan berpendapatan rendah atau miskin bandar.
Ini adalah yang diumumkan oleh Najib:
* Elaun keraian menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri akan dikurangkan sebanyak 10 peratus. Elaun keraian bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) ke atas akan dikurangkan sebanyak 5 hingga 10 peratus.
* Pengurangan sebanyak 5 peratus kos utiliti elektrik di kesemua kementerian/jabatan/agensi/premis kerajaan.
* Kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas) dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau 30 peratus.
* Permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian/jabatan/premis kerajaan dibekukan.
* Mengetatkan pelantikan juru perunding atau consultant untuk projek- projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan feasibility study, di mana cadangan pelantikan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara untuk kelulusan.
* Mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara atau event management serta pemberian saguhati (door gifts) atau cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.
* Pindaan terhadap kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam. Sebagai contoh, kelayakan penerbangan sektor domestik bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah ialah Kelas Ekonomi.
* Mengurangkan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.
* Mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.
* Mengoptimumkan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat.
* Mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimumkan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia atau 1Malaysia Training Center (1MTC) dan juga kemudahan-kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel.
Sebenarnya penjimatan ini memang bagus tetapi tidak lebih sebagai kosmetik untuk kelihatan kerajaan prihatin terhadap penderitaan rakyat. Sebenarnya penjimatan yang berkesan bukanlah di peringkat ikan bilis (kumpulan JUSA C) tetapi juga menteri-menteri. Cuba tanya berapa banyak yang menteri-menteri gunakan semasa kempen pemilihan jawatan baru-baru ini? Memanglah nampak macam kempen untuk kementerian tetapi yang menonjol adalah menterinya.
Ini adalah yang diumumkan oleh Najib:
* Elaun keraian menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri akan dikurangkan sebanyak 10 peratus. Elaun keraian bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) ke atas akan dikurangkan sebanyak 5 hingga 10 peratus.
* Pengurangan sebanyak 5 peratus kos utiliti elektrik di kesemua kementerian/jabatan/agensi/premis kerajaan.
* Kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas) dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau 30 peratus.
* Permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian/jabatan/premis kerajaan dibekukan.
* Mengetatkan pelantikan juru perunding atau consultant untuk projek- projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan feasibility study, di mana cadangan pelantikan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara untuk kelulusan.
* Mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara atau event management serta pemberian saguhati (door gifts) atau cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.
* Pindaan terhadap kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam. Sebagai contoh, kelayakan penerbangan sektor domestik bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah ialah Kelas Ekonomi.
* Mengurangkan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.
* Mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.
* Mengoptimumkan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat.
* Mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimumkan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia atau 1Malaysia Training Center (1MTC) dan juga kemudahan-kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel.
Sebenarnya penjimatan ini memang bagus tetapi tidak lebih sebagai kosmetik untuk kelihatan kerajaan prihatin terhadap penderitaan rakyat. Sebenarnya penjimatan yang berkesan bukanlah di peringkat ikan bilis (kumpulan JUSA C) tetapi juga menteri-menteri. Cuba tanya berapa banyak yang menteri-menteri gunakan semasa kempen pemilihan jawatan baru-baru ini? Memanglah nampak macam kempen untuk kementerian tetapi yang menonjol adalah menterinya.
Ulasan yang Rasional or............. Biar Masa menentukan nya
THURSDAY, MAY 15, 2014
PKR menuju kehancuran
Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diperberanakkan dari perjuangan keluarga dan sahabat handai untuk membebaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan jenayah seksual tahun 1998 kini menuju kehancuran. Pemilihan PKR yang berlangsung sekarang membayangkan bayangan tersebut apabila banyak cabang PKR diwarnai dengan pergaduhan dan kekecohan.
PKR akan berkubur seandainya Anwar Ibrahim dipenjarakan tidak lama lagi. Tempuh Anwar Ibrahim berehat dalam penjara memutuskan hubungan dunia politik seterusnya memisahkan dia dengan PKR. Selepas keluar dari penjara Anwar Ibrahim sudah menjadi sangat tua untuk bergiat dalam politik.
PKR sebuah parti politik yang tidak ada idealisme selain membebaskan Anwar Ibrahim akan larut dalam perubahan pemikiran politik rakyat yang pesat berlaku sekarang. Kalau UMNO dengan perjuangan Melayu Islam, DAP dengan perjuangan kaum Cina, MCA perjuangan kaum Cina tetapi PKR gagasannya memperjuangkan "keadilan" yang sangat subjektif sifatnya.
Kononnya di negara ini tidak ada keadilan selepas Anwar Ibrahim dipecat, sekiranya dia masih dalam UMNo dan kerajaan sudah tentu wujud keadilan walaupun semua maklum Anwar Ibrahim tidak berlaku adil semasa dia dalam kerajaan.
Pergolakan dalam PKR ketika ini menunjukkan Anwar Ibrahim sudah tidak ada suara dalam parti itu. Dia gagal mengawal Khalid Ibrahim yang sudah menunjuk taring untuk mengingkari arahannya. Azmin Ali yang sangat dipercayai juga sudah menjadi penentang beberapa dasar Anwar terutama di Selangor.
PKR yang tidak mampu menguruskan pemilihan menunjukkan parti ini tidak mampu mentadbir negara sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan. PKR condong kepada DAP dan kerap memujuk Pas supaya toleran dengan dasar dasar anti Islam DAP.
Sekarang kita hanya menunggu detik PKR dikuburkan oleh pejuang PKR sendiri. Presiden PKR Wan Azizah sudah lama dipatungkan oleh Anwar Ibrahim. Saya tidak percaya Azmin Ali boleh memanjangkan usia PKR yang semakin tenat ini.
dari kayangdailypost
Monday, 14 December 2015
Ibrahim Abu Samah dan Sahol Hamid Abu Bakar Same same
Saya membaca dan meneliti bersama perasaan yang bercampur-baur kenyataan (https://www.facebook.com/DatoSahol/posts/10153789218844596?fref=nf&pnref=story) Profesor Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) berhubung penglibatan tenaga kerja serta mahasiswa universiti tersebut di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2015.
Terdapat beberapa perkara yang meresahkan saya, dan saya yakin ramai juga anak Malaysia lain yang risau akan beberapa perkembangan terbaharu di PAU kali ini – seperti kualiti perbahasan yang kian merosot, krisis berhubung dana awam yang tidak serius diselesaikan, isu integriti Perdana Menteri yang meragukan, dan pelbagai isu lagi.
Tetapi kenyataan Prof Sahol di laman sosial itu sewajarnya lebih meresahkan kita, terutamanya semua yang memiliki impian untuk kemajuan institusi ilmu di Malaysia bukan sahaja dari sudut material, tetapi juga membina masyarakat madani serta peradaban. Masa depan negara ini terletak bukan lagi kepada aristokrat-aristokrat tua, tetapi kepada anak-anak muda yang sedang menadah ilmu di universiti dan pusat-pusat pengajian tinggi lainnya pada masa sekarang.
Terdapat beberapa isu yang, saya kira, wajar menjadi perhatian kita. Pertama, kegagalan untuk membezakan di antara kerajaan yang memerintah dengan parti politik yang menjadi kerajaan tersebut tidak sepatutnya berlaku untuk seorang bertaraf profesor.
Kedua, hakikat seorang profesor tidak memahami makna dan tujuan kewujudan sebuah universiti merupakan satu masalah besar. Ketiga, membawa secara aktif sebuah universiti bersama warganya atas nama “universiti” (bezakan dengan terlibat aktif sebagai “individu”) untuk berpartisipasi dalam program parti politik adalah salah satu jalan menuju kebantutan, malah mungkin sekali, bakal membunuh demokrasi serta pengertiannya dalam kalangan warga universiti tersebut.
Di laman-laman sosial, sudah ramai yang membantah atas dasar pertama tadi. Justeru, melalui tulisan ini, saya akan berfokus kepada noktah kedua dan ketiga – iaitu kepentingan memahami makna dan tujuan sebuah universiti. Seterusnya, kewujudan universiti vis-à-vis proses pendemokrasian serta membentuk masyarakat berautonomi tidak boleh kita pandang remeh.
Sebab itulah, pelestarian demokrasi sebagai salah satu matlamat universiti wajar dipelihara dan terus-terusan disegarkan – kerana peluang sebuah masyarakat menjadi autoritarian sentiasa terbuka luas.
Perlakuan sengaja membawa sebuah institusi yang kompleks (universiti) bergiat aktif dengan program kepartian adalah sesuatu yang mencabul esensi demokratik yang sewajarnya dijulang universiti itu sendiri. Penglibatan UiTM atas kapasiti “universiti dan warganya” di PAU sewajarnya dibidas serta dikesali kita semua, bersama-sama dengan kenyataan Prof Sahol tersebut.
Melalui tulisan ini, saya akan meninjau ringkas akan peri makna serta tujuan universiti wujud, dan menunjukkan perlakuan yang dilakukan UiTM di PAU ketika ini adalah satu pengkhianatan kepada maknanya sendiri. Seterusnya, saya akan huraikan lagi kepentingan universiti dalam mewujudkan masyarakat demokratik nan lestari, yang seharusnya sentiasa dipelihara di tengah-tengah masyarakat kita yang berpotensi berubah menuju autoritarianisme.
Makna dan tujuan
Peradaban manusia adalah sesuatu yang sentiasa mengalami perubahan, dan apa yang bakal dicapainya bergantung kepada bagaimana ia merespon kepada pembolehubah di sekelilingnya, yang juga sentiasa mendefinisikan kewujudannya.
Dari situlah, kita dapat melihat mengapa manusia yang memiliki peradaban (difahami dengan ciri-ciri yang dihurai Arnold Toynbee dan Oswald Spengler) akan memiliki bukan sahaja kebudayaan material, tetapi juga budaya ilmiah – yang boleh juga dikategorikan bersama kumpulan longgar “budaya tinggi”.
Kebudayaan ini lahir daripada pemerhatian serta proses pembiasaan diri mereka terhadap dunia dan seisinya, dan dalam proses tersebut mereka meneroka ilmu melalui pendefinisian serta pemahaman yang tidak akan berakhir, sentiasa berlaku.
Hal ini dapat dilihat menerusi pencapaian-pencapaian peradaban yang berbeza, seperti Babylon dengan data astronomi mereka yang sebahagiannya membantu Ptolemy dalam kajiannya; atau Mesir Purba dengan seni bina serta sistem pengairan, Yunani dengan teater, demokrasi, serta falsafahnya; dan bermacam-macam lagi.
Sepanjang perjalanan sejarah, manusia kemudiannya memahami akan kepentingan pelbagai cabang ilmu yang berbeza, serta semua bidang itu wajar diperturunkan kepada generasi selepasnya bersama kapasiti untuk mereka pula mengembangkan ilmu tersebut.
Justeru wujudlah idea penginstitusian pengajian, pengajian formal dalam bidang-bidang keilmuan, yang mana warga tempat atau kumpulan tersebut aktif berfikir bagi mengembangkan lagi sempadan keilmuan sedia ada. Perkara ini dapat dilihat melalui banyak sekali contoh pada zaman silam, umpamanya Academy Plato di Athens, Bayt al-Hikmah di Baghdad, serta Akademi Diraja di negara-negara Eropah selepas Pencerahan, ketika fajar industrialisasi sedang menyingsing.
Kesemua institusi ilmu ini, di samping memerlukan tenaga kerja yang komited serta terpelajar, perlu juga dijamin kebebasan serta ruang seluas-luasnya supaya kreativiti institusi tersebut mekar dan hidup. Dari sini akan lahirnya idea-idea baharu yang berpotensi menggerakkan kemanusiaan, biarpun menongkah arus politiko-ekonomi tempat dan zaman.
Sebab itulah, jika kita lihat sarjana zaman silam, daripada Socrates sehingga Imam al-Nawawi, hampir semuanya kritis terhadap para pemerintah. Walaupun banyak yang menjadi penasihat pemerintah, tetapi tidaklah mereka akan menyokong segala apa yang dilakukan pemerintah mereka.
Berbalik kepada persoalan penglibatan aktif UiTM di PAU 2015, seperkara yang harus kita kritisi dan bimbangi sekarang adalah bagaimana penglibatan ini akan berpotensi menutup ruang untuk warga universiti tersebut supaya bebas dengan pilihan mereka, yang seterusnya akan menyempitkan ruang kebebasan asasi mereka untuk memilih.
Hal ini, antara lain, akan mencabul makna universiti itu sendiri yang sewajarnya memberi pilihan kepada warganya untuk berbeza sesama sendiri, terutamanya dalam perkara berkaitan politik kepartian. Dengan menggunakan jawatan Naib Canselor dan nama universiti secara terang-terangan mengumumkan kepada sarwa jagat UiTM akan menyertai PAU, bukankah itu akan menunjukkan seolah-olah UiTM itu rasmi berada di bawah Umno?
Jika hal sedemikian berlaku, bagaimana pula dengan warga universiti yang secara politik tidak menyokong Umno atau Barisan Nasional? Kita harus ingat, untuk mengekalkan kebebasan berpendapat dan berfikir, satu ruang yang harus dijaga juga ialah hak untuk setiap warga tidak merasa dipinggirkan.
Sepertimana renungan filasuf Jeremy Waldron ketika membidas “hate speech” melalui The Harm in Hate Speech, seperkara penting dalam sebuah masyarakat demokratik berbilang bangsa dan agama, ialah hak setiap individu untuk tidak dipinggirkan melalui peminggiran berasaskan identiti atau pilihannya sendiri.
Apatah lagi jika pilihan yang sepatutnya dibiarkan bebas dipilih berpandukan damir setiap individu itu pula diinstitusikan. Apakah UiTM selepas ini mampu menjadi inklusif kepada pensyarah dan mahasiswa dengan pandangan yang pelbagai, selepas secara “rasmi” terlibat dengan program suatu parti politik melalui Naib Canselornya sendiri?
Untuk merealisasi makna universiti sebagai pusat kecemerlangan ilmu dan penyelidikan, hakikat yang wajib kita tahu adalah kita mestilah menjaga ruang-ruang kebebasan agar sifat inklusif dapat dikekalkan dan diperkukuh. Hanya dengan cara inilah, keilmuan mampu dirangsang ke takah yang lebih tinggi lagi.
Dari sudut ini, saya dapat katakan tindakan Prof Sahol membawa UiTM serta warganya ke PAU 2015 ini adalah terang-terang satu pengkhianatan kepada makna serta tujuan sebuah universiti.
Universiti dan demokrasi
Dalam sebuah negara-bangsa moden, seperkara yang tidak boleh kita pandang remeh adalah peranan institusi pendidikan dalam menyediakan kepada rakyatnya keperluan untuk menjadi warganegara yang berkesedaran tinggi. Dengan “kesedaran”, saya maksudkan upaya untuk sedar tanggungjawab serta hak masing-masing seiring dengan undang-undang dan semangat demokrasi.
Antara perkara yang diperlukan untuk sebuah negara demokrasi berfungsi dengan stabil dan baik adalah rakyat yang berpengetahuan serta memiliki ruang memilih. Ruang memilih ini pula, mestilah dipastikan selamat sepenuhnya – yakni tiada kes seperti jika menyokong atau tidak menyokong sesuatu parti, ada ancaman yang akan menimpa seperti dibuang kerja dan sebagainya.
Selain daripada ruang yang harus dipastikan selamat (“kebebasan negatif” seperti dalam penelitian Isaiah Berlin), sebuah demokrasi yang berfungsi mesti juga memiliki warganegara yang berupaya berfikir sendiri dan bertindak secara matang. Di sinilah juga peranan institusi pengajian tinggi.
Antara persoalan penting yang perlu dijawab adalah: (1) “mengapa kita memerlukan demokrasi yang berfungsi, bukan sekadar demokrasi?” dan (2) “mengapa universiti yang harus berperanan, bukan institusi lain?”
Pertama, terdapat banyak negara di dunia yang secara prinsip dan institusinya, wujud demokrasi, tetapi bukan demokrasi yang berfungsi. Antara penyebab kegagalan demokrasi di negara tersebut untuk berfungsi, adalah kawalan pemerintah terhadap perjalanan proses demokratik, ketidakupayaan masyarakat memilih akibat ancaman atau kebergantungan, pengurusan proses demokratik yang lemah, dan pelbagai lagi. Antara contoh yang jelas ialah Mesir pasca-penggulingan Presiden Morsi.
Justeru, kita boleh katakan kalaupun institusi demokratik wujud di negara berkenaan, tetapi negara tersebut bukanlah memiliki demokrasi dalam erti kata sebenar. Hal ini kerana, perkara-perkara luar institusi demokrasi itu akan masih membantutkan perjalanan demokrasi negara tersebut.
Begitulah juga halnya jika sebuah universiti dibawa secara jelas untuk berada di bawah sebuah parti politik. Kita harus ingat, untuk memainkan peranan sebagai pendidik masyarakat yang kemudiannya akan berpartisipasi dalam proses demokratik negara, universiti sebagai institusi itu sendiri yang harus dahulu memastikan warganya memahami demokrasi yang berfungsi – antaranya dengan cara tidak terlibat sebagai institusi dalam program parti politik.
Apakah institusi pengajian tinggi jika tidak menjadi contoh kepada setiap individu tentang nilai seperti menjadi neutral dan tidak berada di pihak mana-mana pun? Sekali gus, pendekatan ini akan juga memperkasa mahasiswa untuk berfikir dan memilih sendiri parti politiknya, dan inilah salah satu jalan menuju demokrasi yang berfungsi. Maka, dengan terlibat dengan PAU 2015, UiTM secara jelas sedang melumpuhkan lagi proses demokrasi negara kita.
Kedua, universiti harus memainkan peranan kerana di situlah pendidikan peringkat tinggi, yang akan mendefinisikan nilai kewarganegaraan kepada setiap generasi. Mahasiswa universitilah yang akan kemudiannya keluar ke lapangan menjadi aktivis masyarakat, pekerja profesional, pendidik, serta banyak lagi profesion yang penting.
Disebabkan itu, mereka mesti menjadi warganegara yang sentiasa cakna dan aktif terlibat dalam proses demokratik negara – dan di sinilah, universiti sepatutnya mengajarkan nilai-nilai menangani perbezaan pandangan, kerana itulah esensi penting demokrasi.
Salah satu cara mengajarkan nilai ini, pastinya adalah dengan sikap tidak mencampuri ruang kebebasan memilih warga universiti berkait parti politik. Sekali lagi, perbuatan membawa sebuah “universiti” ke acara seperti PAU, pastinya merupakan satu simbol ketidakbebasan universiti itu sendiri, serta kegagalannya mengajarkan nilai demokratik kepada pewaris negara kita – golongan belia yang nantinya akan mengisi ruang-ruang penting negara.
Adalah amat rugi dan berbahaya, khususnya buat rakyat marhaen, jika generasi muda bakal-bakal birokrat ini gagal menghayati nilai demokratik akibat kegagalan universitinya sendiri untuk memaparkan nilai tersebut.
Kesimpulan
Saya tidak ada masalah jika secara peribadi, Profesor Sahol menyokong dan aktif dalam Umno, kerana itu hak demokratik beliau. Begitu juga hak demokratik setiap warga UiTM baik staf ataupun mahasiswanya untuk aktif dalam mana-mana parti.
Ini negara demokratik, dan pilihan setiap individu kita raikan. Tetapi malapetaka besar lagi bala bencana-lah halnya apabila sebuah institusi ilmu dibawa untuk terlibat aktif dalam program sebuah parti politik Naib Canselornya sendiri.
Justeru, Tuan Profesor, universiti itu bukan (parti) kamu yang punya! – 11 Disember, 2015.
* Hazman Baharom merupakan mahasiswa pascasiswazah di Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains, dan Peradaban (CASIS), Universiti Teknologi Malaysia. Juga merupakan kru Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM).
* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/tuan-profesor-universiti-itu-bukan-parti-kamu-yang-punya-hazman-baharom#sthash.t6Misnmo.dpuf
Malu Kalau Jadi Melayu Islam UMNO
"Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir semalam menyaksikan Najib beria-ia menyakinkan perwakilan (yang sememangnya yakin) dan rakyat Malaysia bahawa Malaysia akan menghadapi bencana jika rakyat memilih pembangkang memerintah Malaysia kerana pembangkang dikatakan didominasi oleh parti DAP yang didakwa anti perjuangan Islam dan juga menolak perjuangan Melayu Bumiputera. Aku sebenarnya bersyukur kerana dilahirkan didalam agama Islam dan berketurunan Melayu walaupun tidak pasti dari puak mana kerana Melayu mempunyai pelbagai puak seperti Melayu Deli, Melayu Jawa, Melayu Bugis dan kini terdapat Melayu Mamak. Tapi aku lebih bersyukur kerana dilahirkan beragama Islam dan berketurunan Melayu tetapi bukan Melayu Islam UMNO. Melayu Islam UMNO adalah golongan yang diberi Allah untuk memerintah bumi Malaysia semenjak Merdeka tahun 1957 sehingga sekarang 2015.
Sepanjang memerintah selama 58 tahun apa yang Melayu Islam UMNO lakukan? Memertabatkan Islam jauh sekali, meningkatkan ekonomi Melayu pun lagi jauh. Apa yang Melayu Islam UMNO lakukan sepanjang 58 tahun memerintah Malaysia ialah memperkayakan kroni dan melingkupkan negara Malaysia. Melayu Islam UMNO tidak memerintah negeri Kelantan tetapi dibawah pengurusan arwah Tn.Guru Nik Aziz, Kelantan lebih mengamalkan pentadbiran cara Islam berbanding negara Malaysia yang diperintah oleh Melayu Islam UMNO. Cuma keadaan terkini Kelantan setelah ketiadaan arwah Tn.Guru Nik Aziz yang mana pimpinan sekarang yang lebih mesra kepada Melayu Islam UMNO mungkin bakal cara pentadbiran akan sama dengan cara mentadbir Malaysia oleh Melayu Islam UMNO. Berbalik kepada Melayu Islam UMNO. Seperti yang saya katakan tadi, tiada apa yang boleh dibanggakan menjadi Melayu Islam UMNO. Para perwakilan berdegar-degar bercakap tentang ketuanan Melayu dan memertabatkan Islam tetapi dibelakang apa yang mereka lakukan. Masing-masing tunjuk hero bagi lelaki dan heroin bagi perempuan semasa berucap kononnya nak membela bangsa Melayu dan agama Islam tetapi sedarkah mereka yang sekarang ini rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu semakin terpinggir atas dasar yang Melayu Islam UMNO laksanakan sepanjang 58 tahun memerintah. Lupakan kisah penjajahan British dan Jepun kerana sehingga hari ini selepas 58 tahun, negara kita masih lagi dijajah oleh British dan juga Jepun. Undang-undang negara kita masih lagi dijajah oleh Load Reid dan kebanyakkan kenderaan yang berada di Malaysia dijajah oleh Jepun. Lupakan kisah makan ubi kayu semasa zaman Jepun kerana dengan keadaan semasa hasil pemerintahan Melayu Islam UMNO, rakyat Malaysia dah ada yang makan ubi kayu kerana tidak mampu membeli beras. Jadi apakah yang boleh dibanggakan dengan kepimpinan Melayu Islam UMNO.
Seronok dengar perwakilan berucap. Berapi-api. Kutuk menteri kononnya tak pandai bagi jawapan tak pandai jaga kepentingan rakyat terutamanya melayu dan akhirnya presiden yang dipersalahkan. Tapi yang dok berucap tu lupa yang dia pun dah jual tanah melayu di Pulau Pinang. Tu pun orang tepuk tangan kerana seronok dengar perkatan baru “TOYU” yang berwarna macam kulit dia. Itu Melayu dari puak mamak yang kini banyak memegang jawatan tinggi UMNO yang dipimpin oleh Melayu Bugis. Malam tadi kita dengar Najib menyalahkan Mahathir diatas kenaikkan tambang ERL kerana perjanjian konsesi ditandatangani semasa pemerintahan Mahathir. OK fine… tapi tambang ERL tetap kena GST kan? GST tu pula siapa yang perkenalkan. Konsesi TOL disambung lagi adakah salah Mahathir? Daripada saya bujang hingga kini dah bercucu, konsesi TOL tak pernah tamat, asyik bersambung. Lepas Mahathir, Pak Lah sambung, lepas Pak lah Najib sambung, lepas ni kalau Melayu Islam UMNO yang lain pula jadi PM akan sambung lagi. Tak kira lah Mahathir ke, Pak Lah ka, Najib ka, yang pasti Melayu Islam UMNO yang sambung. Duit Malaysia jatuh pun kerana Melayu Islam UMNO yang buat. Lepas tu canang seluruh negara, ekonomi dunia merudum. Merudum apa???? Duit Thai Bath lebih besar dari kita, duit Singapore Dollar lagi besar dari kita, duit Brunei Dollar tak pernah kita potong nilainya sejak dari dulu, ni cina DAP anti Islam kah yang buat bagi jatuh???? Kita tengok Melayu Islam UMNO meniaga, 1MDB rugi berbillion masih boleh berjalan, MAS rugi berbillion pun masih boleh berjalan..(last-last kena jual), Petronas untung berbillion kini pekerja Petronas pun kena kurangkan gaji bagi langkah penjimatan, Bank Bumiputera hilang ganti dengan CIMB, tanah Felda tergadai, Pulau Batu Putih hilang…semua Melayu Islam UMNO buat.
Bila suruh presiden UMNO turun, al fadhil fatul bari pun keluarlah cerita Khalifah Uthman ibni Affan yang didesak meletak jawatan tetapi enggan kerana patuh kepada agama. Dibuatnya perbandingan dengan Najib yang katanya jawatan Najib tu amanah dari Allah. Kalau macam tu tak payahlah Mahathir meletak jawatan. Biarlah dia perintah sampai mati. Itukan amanah dari Allah. Masa Najib ikut desak Pak Lah letak jawatan, tak kata pula Pak Lah jangan letak jawatan sebab itu amanah dari Allah. Untuk Fathul Bari, mai sini kita tengok beza Najib dengan Khalifah Uthman ibni Affan. Khalifah Uthman bin Affan berasal daripada Bani Umaiyah. Beliau lahir pada tahun 576M.. Nama sebenarnya, Uthman bin Affan bin Abil As bin Umaiyah. Beliau terkenal sebagai hartawan yang dermawan, bersifat lemah lembut, bertolak ansur, dan mempunyai sikap simpati yang tinggi terhadap golongan yang memerlukan. Beliau digelarkan Zun Nurain (mempunyai dua cahaya) kerana pernah mengahwini dua orang puteri Nabi Muhammad s.a.w. selepas salah seorang daripadanya meninggal dunia. Perlantikan Saidina Uthman bin Affan mejadi khalifah adalah melalui majlis syura. Sebelum Khalifah Umar bin al-Khattab meninggal dunia, enam orang calon yang layak telah dicadangkan termasuklah beliau dan Saidina Ali bin Abu Talib. Dalam mesyuarat yang telah diadakan selepas Khalifah Umar meninggal dunia, Saidina Ali dan Saidina Uthman telah mendapat undi yang sama banyak. Abdul Rahman bin Auf yang menjadi pengerusi mesyuarat telah meninjau pendapat orang ramai tentang isu tersebut.
Akhirnya, dengan persetujuan orang ramai Saidina Uthman telah dilantik menjadi khalifah yang ketiga. Dari segi politik, Khalifah Uthman berjaya meluaskan wilayah Islam hingga ke Afghanistan, Samarkand, Cyprus dan Tripoli. Beliau juga telah bertanggungjawab mengukukkan pertahanan negara dengan membina angkatan tentera laut Islam yang di anggap sebagai yang pertama dalam sejarah pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Apabila agama Islam semakin tersebar luas, berlakulah kepelbagaian cara bacaan (qiraat) ayat al-Quran di pelbagai wilayah itu. Untuk meyelaraskan bacaan tersebut, Khalifah Uthman telah mengistiharkan sebuah naskah al-Quran yang dikenali sebagai Mushaf Uthmani. Semasa pemerintahanya, Khalifah Uthman juga telah membina jalan raya, jambatan dan rumah rehat bagi kemudahan para pengembara. Beliau telah meneruskan usaha mempertingkatkan ekonomi dengan mengukuhkan peranan baitulmal dengan menggunakannya untuk membiayai pembangunan negara dan juga memperkuat angkatan tentera laut Islam seperti membeli peralatan senjata dan kapal. Jizjah (Jizyah adalah hak yang diberikan oleh Allah kepada kaum Muslimin untuk menuntutnya daripada orang-orang kafir, kerana mereka tunduk kepada pemerintahan Islam (Daulah Islamiyah).Jizyah ialah cukai yang dikenakan ke atas individu bukan Islam yang berlindung di negara Islam. Jizyah merupakan harta umum yang dibahagikan mengikut kemaslahatan rakyat, dan wajib diambil setiap satu tahun dan tidak wajib diambil sebelum satu tahun. Hukum jizyah adalah wajib berdasarkan nash Al-Quran.) yang dikenakan kepada penduduk bukan Islam juga dikekalkan dan merupakan antara sumber pendapatan.
Jadi tang mana yang fathul bari nak bandingkan khalifah Uthman Bin Affan? Yang nampak sama adalah mereka sama-sama Hartawan tetapi seorang dermawan dan sorang lagi belanjawan. Kedua yang nampak hampir sama adalah kutip cukai, tapi seorang kutip cukai setiap detik jam bergerak, manakala sorang lagi kutip cukai setahun sekali. Cukup-cukup lah Melayu Islam UMNO merosakkan imej Melayu Islam Malaysia. Kalau macam ini cara kita nak tunjukkan imej Melayu Islam, jangan haraplah syiar Islam akan berkembang kepada penganut agama lain. Kaum Cina, India, Iban, Kadazan, Murut dan macam-macam etnik di negara ini tidak akan tertarik dengan cara Melayu Islam UMNO ni. Melayu Islam cara arwah Tn.Guru Nik Aziz dan Ustaz Fadhzil Noor amat disenangi oleh pelbagai kaum sehinggakan ramai rakyat yang bukan beragama Islam dan tidak berbangsa Melayu menangisi permergian mereka menghadap Illahi. Malas aku nak tulis panjang2 lagi sebab akhirnya puak-puak totok UMNO akan cakap apa pun hang tulis, darah aku bukan merah macam hang, darah aku warna biru pekat sehingga keakhir hayat………. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN at 12/13/2015 08:15:00 PTG
Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Sunday, 6 December 2015
Pantun 2 Kerat - Lai2 Cai2
....................
Makan laksa di Teluk Kechai,
Cubalah borak dengan macai.
Cedok laksa dengan sudu,
Dasar macai memang begitu.
Ubah hidup serta bersabar
Bawak basikal jual motokar
Kuah laksa habis dihirup
Rakyat la kena ubah gaya hidup
Jangan diubah kerajaan yang ada
Ikatlah perut, lapangkan dada.
Biarlah macai tak cukup makan
Asalkan Kerajaan berbelanja sakan
Ubah hidup sampai pengsan
Ingat itu ketentuan Tuhan.
Dekat PRU BR1M ditabur
Terus jinak macam tekukur
Cium tangan bila bersalam
Tangan Rosmah tu kan haram?
Baik kau pegang kulit babi
Tak percaya gi tanya Fathul Bari
Kalau salam Rosmah jadi peraturan
Itu tandanya kena tukar kerajaan
Tak cium Rosmah tanda tak hormat
Itulah dia tanda kiamat.
Lai lai lai lai lai lai lai
Cai cai cai la cai cai cai
Makan laksa di Teluk Kechai,
Cubalah borak dengan macai.
Cedok laksa dengan sudu,
Dasar macai memang begitu.
Ubah hidup serta bersabar
Bawak basikal jual motokar
Kuah laksa habis dihirup
Rakyat la kena ubah gaya hidup
Jangan diubah kerajaan yang ada
Ikatlah perut, lapangkan dada.
Biarlah macai tak cukup makan
Asalkan Kerajaan berbelanja sakan
Ubah hidup sampai pengsan
Ingat itu ketentuan Tuhan.
Dekat PRU BR1M ditabur
Terus jinak macam tekukur
Cium tangan bila bersalam
Tangan Rosmah tu kan haram?
Baik kau pegang kulit babi
Tak percaya gi tanya Fathul Bari
Kalau salam Rosmah jadi peraturan
Itu tandanya kena tukar kerajaan
Tak cium Rosmah tanda tak hormat
Itulah dia tanda kiamat.
Lai lai lai lai lai lai lai
Cai cai cai la cai cai cai
Thursday, 3 December 2015
SPAD /
Kerajaan Bn Pro Perompak Jalanan.SPAD = Suruhanjaya Penghisap Darah |
Posted on Thursday, December 03 @ 09:40:25 MYT by paktam
Oleh DATO' HJ MAHFUZ BIN HJ OMAR1. Pengumuman kenaikan kadar tambang ERL untuk perjalanan satu hala dari KL Sentral ke KLIA dan KLIA2 daripada harga RM35.00 kepada RM55.00. Kenaikan sebanyak RM20.00 adalah suatu yang sangat membebankan pengguna. Kenaikan ini juga membabitkan perjalanan KL Sentral ke Putrajaya dan Cyberjaya. 2. Kenaikan ini sudah pasti akan membebankan pengguna kerana harga tambang ERL akan jadi lebih mahal daripada harga tambang murah untuk perjalanan dengan kapal terbang dari KLIA atau KLIA2 ke mana-mana destinasi.
Kenaikan tambang ERL sudah pasti akan melipatgandakan keuntungan syarikat dengan peningkatan penumpang 40% sejak pengoperasian ERL 2002 dan selepas syarikat ERL Sdn. Bhd milik YTL Corporation juga menerima RM5.00 daripada cukai lapangan terbang untuk setiap penumpang penerbangan antarabangsa, melalui satu perjanjian selama 30 tahun.3. Kenaikan ini berturutan sepanjang tahun 2015 walaupun kenaikan tambang ERL akan bermula 1 Januari 2016 tetapi keputusan kenaikan dibuat dalam tahun 2015. Sepanjang tahun 2015 berlaku kenaikan tambang teksi, bas ekspres, monorel, komuter dan LRT yang menjadikan pengguna di sekitar Lembah Kelang khususnya tiada pilihan lain untuk menggunakan perkhidmatan yang tidak membebankan. Untuk memilih mengguna perjalanan dengan kenderaan sendiri, para pengguna dikepung pula dengan tol dan kenaikan kadar tol baru-baru ini.
4. Kenaikan ini menjadikan SPAD sebagai Suruhanjaya Penghisap Darah dan bukannya suruhanjaya untuk menjayakan sistem pengangkutan yang yang selesa serta tidak membebankan rakyat. 5. Kenaikan ini juga menunjukkan Kerajaan membohongi rakyat bila menarik dan menghapuskan segala macam subsidi atas alasan kononnya untuk menyediakan sistem pengangkutan terbaik dan tidak membebankan rakyat. Kenaikan ini menjadikan Kerajaan BN pro perompak berlesen yang merompak di sepanjang perjalanan rakyat. SELAMATKAN RAKYAT DAN MALAYSIA TERCINTA. DATO' HJ MAHFUZ BIN HJ OMAR Ahli Parlimen Pokok Sena 2 Dis 2015/20 Safar 1437H |
Wednesday, 2 December 2015
TSMY gerak kerja
Najib gagal teruk sebagai perdana menteri
Written By Wadah Baru on Rabu, 2 Disember 2015 | 4:34 PTG
Oleh MUHYIDDIN YASSIN
1. Saya telah bekerja keras untuk menjadikan Najib Perdana Menteri Malaysia.
2. Tetapi sekarang saya mahu dia disingkirkan, meletak jawatan daripada menjadi Perdana Menteri.
3. Ia bukan hal peribadi.
4. Ia adalah kerana dia telah gagal teruk sebagai Perdana Menteri.
5. Daripada awal lagi saya perhatikan perkara-perkara salah yang dia lakukan.
6. Kita telah merdeka semenjak 1957. Kita sepatutnya dapat mentadbir negara kita sendiri. Sesungguhnya kita telah pun berbuat demikian selama beberapa dekad sebelum Najib, dan kita telah melakukannya dengan cemerlang.
7. Tetapi Najib melantik beberapa pegawai British sebagai penasihatnya.
8. Najib telah melantik ramai perunding asing untuk menasihatinya bagaimana mentadbir negara.
9. Orang-orang ini melibatkan kos berbilion-bilion ringgit tetapi nasihat mereka secara amnya tidak baik untuk negara ini. Mereka tidak tahu apa-apa tentang politik, ekonomi dan sensitivi Malaysia. Akibatnya pembangunan Malaysia lembab dan bangsa-bangsa berada dalam keadaan menentang satu sama lain.
10. Kerajaan di bawah pimpinan Najib menjadi sangat tidak popular. Walaupun memberi banyak wang kepada rakyat, mereka menolak beliau dalam Pilihan Raya 2013. Prestasi beliau lebih buruk daripada Abdullah, yang juga telah ditolak oleh rakyat. Orang Cina menolaknya sama sekali walaupun beliau mengisytiharkan dirinya sebagai saudara mereka.
11. Dia menimbulkan kemarahan kakitangan awam dengan menubuhkan Pemandu untuk mengambil alih tugas EPU. Kakitangan Pemandu yang bukannya pegawai Kerajaan telah dibayar gaji yang tinggi, jauh lebih tinggi mengatasi Skim Gaji Kerajaan. Begitu marah, sebilangan pejawat awam sebaik sahaja bersara mereka telah menyertai parti pembangkang dan bertanding sebagai calon pembangkang, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
12. Pertumbuhan ekonomi jatuh di bawah paras pertumbuhan ekonomi Filipina dan Indonesia.
13. Mata wang telah susut dan harga saham susut dengan teruk mengakibatkan masalah untuk perniagaan, pengimport dan pengeksport.Kos sara hidup meningkat terutama selepas GST.
14. Kemudian datangnya pula skandal 1MDB. Suatu dana yang sama sekali tidak perlu telah diwujudkan yang akan dibiayai oleh pinjaman yang besar. Kerajaan telah memberi satu juta Ringgit sebagai modal tetapi 1MDB (1Malaysia Development Berhad) telah meminjam 42 bilion Ringgit daripada pasaran. Ia membayar faedah yang tinggi sebanyak 5.9% dan memberikan komisen 10% kepada Goldman Sachs. Kerajaan tidak pernah meminjam begitu banyak atau membayar kadar yang begitu tinggi itu.
15. 1MDB membeli loji kuasa elektrik pada harga lebih tinggi daripada harga pasaran. Ia juga membeli/mengambilalih hutang piutang syarikat-syarikat janakuasa. Jumlah kos adalah 18 bilion Ringgit. 1MDB kehilangan begitu banyak wang sehingga ia tidak boleh membayar faedah ke atas pinjaman.
16. 1MDB membeli tanah Kerajaan pada 60 Ringgit kaki persegi sedangkan harga sebenarnya adalah lebih daripada RM3,000 kaki persegi. Dengan menilai semula tanah itu sebanyak 50 kali ganda, ia mendakwa asetnya adalah lebih besar daripada hutangnya. Ini adalah seperti menjual permit import yang didapati secara percuma daripada Kerajaan.
17. Kemudian 1MDB telah menyertai perniagaan yang mencurigakan dengan Petro Saudi sebagai rakan usaha sama. Ia membayar USD1 Bilion bagi saham 40 peratus miliknya itu. Enam bulan kemudian usaha sama ini telah dibubarkan. Akan tetapi USD1 Bilion itu bersama dengan USD700 juta yang lain telah ditukar menjadi pinjaman kepada Petro Saudi. Wang ini kini telah lesap.
18. Satu-satunya aset yang dipunyai oleh 1MDB sekarang adalah loji kuasa dan tanah di Kuala Lumpur. Lebih daripada RM20 Bilion daripada 42 Bilion ringgit itu tidak dapat dikesan atau dihitung.
19. Kemudian tiba-tiba Wall Street Journal melaporkan bahawa Najib mempunyai USD700 juta dalam akaun peribadinya di Bank Arab-Malaysia (bersamaan RM2.6 bilion pada masa itu).
20. Tidak ada PM Malaysia atau Presiden UMNO yang boleh mempunyai wang sebanyak itu. Semua sumbangan kepada UMNO biasanya diterima dan dibankkan oleh BendahariUMNO. Semua aset diletakkan di bawah nama tiga pemegang amanah.
21. Tidak pernah dalam sejarah UMNO terdapat lebih daripada RM250 juta secara tunai. Semua aset lain adalah dalam bentuk saham, tanah dan bangunan. Presiden adalah bertanggungjawab untuk menyerahkan semua sumbangan kepada Bendahari untuk perbankan. Presiden tidak pernah menyimpan wang UMNO atau wang didermakan kepada UMNO, untuk pilihan raya misalnya, di dalam akaun peribadinya. Tiada peruntukan untuk akaun UMNO dikendalikan oleh Presiden.
22. Najib dan isterinya terkenal dengan gaya hidup yang mewah. Jelas sekali jutaan telah dibelanjakan untuk pertunangan dan pelbagai majlis perkahwinan di Malaysia dan Kazakhstan. Anak tiri Najib membelanjakan ratusan juta dolar membeli hartanah di London, New York dan California. Beliau juga membiayai pembikinan filem Hollywood, “The Wolf of Wall Street” dengan perbelanjaan melebihi USD100 juta.
23. Dengan gaji Najib sebagai Perdana Menteri, adalah mustahil baginya untuk membelanjakan jutaan ringgit bagi semua ini. Ada satu kenyataan oleh PMO yang mendakwa bahawa wang bagi harta-harta luar negara dan filem itu telah diwarisi. Adalah mustahil bagi Tun Razak, atau Haji Noah atau bapa Rosmah untuk memiliki dan mewariskan ratusan juta Ringgit. Malah mereka tidak dikenali sebagai jutawan pun. Adik beradik Najib menafikan dakwaan itu.
24. Jadi dari mana datangnya wang itu? Najib mendakwa 2.6 bilion Ringgit itu telah didermakan kepadanya oleh seorang Arab. Ini tidak masuk akal. Tiada siapa yang pernah memberikan wang sebanyak itu kepada sesiapa. Dan Najib tidak dapat membuktikan bahawa orang Arab itu telah memberinya wang.
25. Dan dengan itu sebuah pasukan petugas khas yang terdiri daripada Peguam Negara, Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah, Gabenor Bank Negara dan Ketua Polis Negara telah ditubuhkan untuk menyiasat punca RM2.6 bilion berada dalam akaun peribadi Najib di Bank Arab-Malaysia.
26. Jawatankuasa Kira-Kira Dewan Rakyat juga sedang menyiasat apa yang berlaku kepada RM 42 bilion Ringgit yang dipinjam oleh 1MDB.Begitu juga Ketua Audit Negara.
27. Tiba-tiba Najib memecat Peguam Negara dengan mendakwa dia sakit. Peguam Negara menafikan beliau sakit. Tidak ada sijil oleh doktor membuktikan dia sakit. Najib tidak mempunyai hak untuk mendakwa bahawa Peguam Negara sedang sakit.
28. Pada masa yang sama, ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dikatakan telah pergi bercuti. Gabenor Bank Negara membisu. Kemudian dia menyatakan dia takut ditangkap.
29. Dua daripada ahli-ahli Kerajaan PAC dilantik Timbalan Menteri dan dua lagi diberi pekerjaan lain. Mereka tidak dapat meneruskan kerja-kerja mereka sebagai ahli PAC. PAC adalah tanpa seorang Pengerusi dan siasatan 1MDB telah berhenti.
30. Dua anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah telah ditangkap, dibebaskan dan dipindahkan ke Pejabat Perdana Menteri. Selepas komplen dibuat mereka telah dipindahkan semula ke Suruhanjaya.
31. Penolong Ketua Cawangan Khas telah dipindahkan keluar. Beliau kemudian membuat kenyataan yang keras terhadap pemindahannya.
32. Orang yang bercakap mengenai 1MDB dan 2.6 bilion ringgit dalam akaun Najib, atau melaporkan mengenainya telah ditangkap, pasport mereka dirampas dan diancam oleh polis dengan soal siasat. Ianya seolah-olah sebarang soalan mengenai 1MDB dan Najib 2.6 bilion merupakan tindakan untuk melemahkan demokrasi dan menjatuhkan Kerajaan yang dipilih dengan betul. Orang boleh ditahan sehingga 28 hari tanpa perbicaraan di bawah undang-undang baru yang bertujuan untuk mencegah tindakan keganasan. Bercakap tentang 1MDB dan RM2.6 bilion kepunyaan Najib seolah-olah merupakan tindakan keganasan. Najib lupa bahawa beliau sendiri terlibat dalam penyingkiran pemimpin terdahulu yang juga dipilih secara demokrasi.
33. Kemudian datangnya sesuatu yang menggemparkan. Al Jazeera menayangkan kisah pembunuhan gadis Mongolia Altantuya. Adalah jelas daripada kisah itu bahawa Najib mempunyai kaitan dengan pembunuhan itu.
34. Ramai rakyat Malaysia tidak mahu mempercayainya. Tetapi orang di seluruh dunia mempercayai cerita itu. Ia telah menjadi satu skandal antarabangsa. Ia telah memalukan Malaysia. Di mana-mana sahaja sesiapa pergi, ada yang bertanya, “Apa yang telah berlaku kepada Malaysia”.
35. Di antara 1MDB, 2.6 bilion ringgit dalam akaun peribadi Najib dan pembunuhan Altantuya, nama baik Malaysia benar-benar rosak. Tidak pernah sebelum ini, Malaysia menjadi begitu hina oleh Perdana Menterinya sendiri. Tidak pernah orang memandang rendah negara ini. Tidak pernah sebelum ini rakyat Malaysia begitu malu dengan negara mereka.
36. Najib telah membayar orang untuk menunjuk perasaan di jalan-jalan untuk menyokong beliau. Dengan sewenangnya beliau juga mengharamkan usaha orang-orang tunjuk perasaan bagi memecatnya.
37. Untuk mata wang dan ekonomi pulih, Najib mesti berhenti menjadi Perdana Menteri Malaysia. Rakyat Malaysia mesti menuntut penyingkiran Najib.
UCAPAN TSMY di Pagoh..
Subscribe to:
Posts (Atom)