Saturday, 31 October 2015

Sapa yang tak FAHAM ni: Otak Kemetot la

RABU, OKTOBER 28, 2015

RAFIZI TAK FAHAM KONSEP LEBUH RAYA BERTOL


Ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli pelik juga tak faham dengan konsep lebuh raya bertol.  Dia bertanya dalam satu forum bajet alternatif pembangkang di Kuala Lumpur malam kelmarin kenapa di Sarawak boleh buat lebuh raya tanpa tol tetapi di Semenanjung tidak boleh.

Lebuh raya Pan Borneo sejauh 1,090 kilometre akan siap pada tahun 2021 dengan kos sebanyak RM16.1 billion tidak ada tol  dan ia sama taraf dengan jalan persekutuan di Semenanjung.

Bukannya senang nak buat lebuh raya. Memerlukan belanja yang besar. Sebab itu kerajaan tidak mampu membina 18 lebuh raya di Semenanjung. Sebab itu timbul konsep penswastaan di mana swasta bina lebuh raya dan ia memerlukan konsesi dari kerajaan selama beberapa tahun untuk mengambil  balik wang yang dibelanjakan membina lebih raya dengan keuntungannya melalui kutipan tol.

Kalau satu lebuh raya makan belanja yang besar, cuba bayangkan banyak mana yang perlu dibelanjakan kerajaan membina 18 lebuh raya mungkin melebihi RM100 billion. Sehubungan dengan itu bukannya kerajaan mampu mengeluarkan duit sebanyak itu semata-mata untuk bina lebih raya kerana duit rakyat juga perlu dibelanjakan untuk bina sekolah, hospital dan sebagainya.

Lebuh raya Pan Borneo bukannya projek swasta maka kerajaan terpaksa mengeluarkan wang sebanyak RM16.1 billion untuk membinanya. Apa salahnya kerajaan bina sendiri Pan Borneo kerana Sabah dan Sarawak adalah fixed deposit BN. Inilah tanda terima kasih kerajaan BN kepada pengundi Sabah dan Sarawak yang menyelamatkan nyawa BN.

Tanpa Sabah dan Sarawak dalam Malaysia, sudah lama BN tumbang di Malaya. Jadi apa salahnya bina lebuhraya bernilai RM16.1 billion tanpa tol asalkan undi kembali kepada BN. Tak guna bina LRT dan MRT bernilai RM80 billion di Lembah Klang sedangkan pengundi Lembah Klang tidak mengundi BN. Mereka tidak tahu bersyukur pun kepada kerajaan BN yang membina LRT dan MRT yang memudahkan mereka ke tempat kerja tanpa mengharungi kesesakan jalan raya.

Catatan: catatan zabidi

Sebab itu dalam menghadapi PRU pada tahun 2018, kita tidak bimbang dengan kekuatan Pakatan Haprak tetapi yang kita bimbang orang Umno sendiri yang mengundi pembangkang kerana mereka adalah duri dalam daging dan api dalam sekam meminjam kata kata PM, Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2016 pada hari Jumaat lalu.

Sesungguhnya kewujudan Pakatan Haprak merupakan satu bonus buat BN. BN tetap menang dalam PRU akan datang walaupun tak dapat majoriti dua pertiga dengan syarat Umno serius menyingkirkan ahli yang duri dalam daging segera.

Penting sangat ke Kepada Rakyat Malaysia


 ini aja ke akai Menteri2 Kerajaan Malaysia (Baca  Kerajaan BN)

Tuesday, 27 October 2015

Catatan dari Blog; A Kadir Jasin

TUESDAY, OCTOBER 27, 2015

Bursa Sambut Dingin Belanjawan


"Saya tahu, beberapa kerat anggota kabinet yang berakal macam (Datuk Seri) Abdul Wahid Omar, tahu betapa goyahnya kedudukan politik, ekonomi dan kewangan negara kita sejak meletusnya skandal 1MDB dan SRC International, tetapi mereka tidak berani bersuara dan bertindak kerana sudah diikat dan dikunci."

Wallahuaklam.

Sunday, 25 October 2015

Ada Lagi Manusia Berotak Kemetot

Kerajaan Malaysia atau Kerajaan UMNO?


UNDI PEMBANGKANG PUN DAPAT PROJEK RM80 BILLION


Saya sudah teliti Bajet 2016 yang dibentangkan PM, Najib Razak Jumaat lalu. Bajet itu banyak membantu rakyat tetapi yang paling sedih kerajaan buang duit yang banyak di kawasan pembangkang tetapi undi belum tentu dapat.

Untuk mempastikan rakyat Kuala Lumpur selesa menaiki pengangkutan awam, maka kerajaan mencurahkan RM80 billion dalam pembinaan LRT dan MRT yang terletak di kawasan pembangkang. Alangkah baiknya wang RM80 billion itu ditabur ke kawasan luar bandar yang majoritinya pengundi BN. Jika wang sebanyak itu dibuat satu projek mega, BN akan dapat semula undi sebaliknya pembangkang yang dapat undi di sebalik RM80 billion ini.

Adakah kerajaan BN terlalu pemurah? Atau kerajaan mendahulukan rakyat tanpa mengambil kira pulangan undi? Kita lihat apa yang Najib umum dalam Bajet jumaat lalu iaitu laluan LRT Ampang sambungan akan siap pada Mac 2016 sejauh 18.1 km. Manakala sambungan LRT Kelana Jaya- Putra Heights sejauh 17.4km dijangka siap pada tahun 2016  dengan kos RM10 billion. Berapa banyak kawasan parlimen yang terlibat? Semua yang terlibat adalah kawasan parlimen pembangkang.

Betapa baiknya kerajaan BN. MRT Sungai Buloh-Semantan dijangka siap Dsember 2016 manakala Fasa 2 MRT dari Semantan ke Kajang dijangka siap pertengahan 2017 sejauh 51km bernilai RM32 billion. DUN Kajang milik siapa? Milik ketua pembangkang, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ada beliau ucap terima kasih kepada BN? Projek MRT II Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya sejauh 52km yang memberi manafaat kepada 2 juta penduduk dibina dengan kos RM28 billion. Ia dijangka dibina pada tahun 2016 dan dijangka siap pada tahun 2022.

Baru nampak pengundi BN dapat untung melalui MRT II kerana parlimen Putrajaya milik BN. Manakala LRT3 dari Bandar Utama-Johan Setia-Klang sejauh 36km menelan belanja RM10 billion juga dibina dari tahun 2016 hingga 2022. Sekali lagi pengundi parti pembangkang yang dapat faedah dari pembinaan LRT3 ini.

Sayang BN habiskan RM80 billion tetapi BN hanya dapat satu kerusi parlimen sahaja, Putrajaya. Sepatutnya kerajaan tak perlu habiskan duit RM80 billion buat LRT dan MRT di kawasan pembangkang kerana mereka tetap menolak BN. Seperti kata Presiden MCA, Liow Tiong Lai orang Cina akan mengundi BN pada PRU 14 kerana ramai golongan pertengahan B40 dapat manafaat dari pengecualian cukai pendapatan. Saya rasa nak tergelak kerana orang Cina akan tetap mengundi DAP dalam PRU akan datang.

Wednesday, 14 October 2015

Dari Blog: Kadir Jasin

Tanda Tanya Dakwaan Ke Atas Khairuddin dan Chang




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

OLEH sebab ada pembesar kontemporari kita sangat bangga dengan asal-usul Jawanya, maka saya mulakan nukilan kali ini dengan mengemukakan tiga “hadangan” bagi orang-orang besar menurut kebijaksanaan orang Jawa.

Pertama, gemrincinging ringgit.
Kedua, gebyaring wentis kuning.
Ketiga, klubuking iwak ono kedung.


Tiga halangan di atas amat tepat dan bermakna dalam konteks apa yang sedang berlaku di negara kita sekarang di mana wang, kuasa dan wanita memainkan peranan penting.

Oleh kerakusan kuasa, orang yang pada pandangan umum berusaha mencari kebenaran ditangkap, ditahan dan, pada 12 Oktober, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan “mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan negara”.

(Datuk Seri) Khairuddin Abu Hassan 53, dan peguam beliau, Matthias Chang Wen Chieh, 65, didakwa melakukan kesalahan itu di lima lokasi, iaitu pejabat Ketua Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Peranchis di Paris, Balai Polis Charing Cross London, United Kingdom, pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern, Balai Polis WaiChan, Hong Kong, dan ibu pejabat polis Cantoment, Singapura - antara 28 Jun hingga 26 Ogos tahun ini.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan (Penal Code) yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun. Hari ini, 13 Oktober, Peguam Negara (Tan Sri) Mohamed Apandi Ali, menjelaskan mereka tidak didakwa di bawa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Khairuddin dan Chang Boleh Dedah Dalam Mahkamah
Mari kita sama-sama fikir, persoal dan pertimbangkan hal-hal berikut:-

1. Apakah usaha mendedahkan kemungkaran dan mencari kebenaran mengenai 1MBD dan penglibatan Perdana Menteri (Datuk Seri Mappadulung Daeng Matti­mung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib Abdul Razak adalah mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan negara?

2. Bukankah Khairuddin terlebih dahulu membuat aduan terhadap 1MDB dan Mohd Najib kepada Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dan kepada Bank Negara Malaysia?

[Berkenaan PDRM, saya sengaja menyebut nama penuhnya kerana saya ingin tahu sama ada ia masih taat dan setia kepada Raja atau itu hanya pada nama saja.]

3. Yang mana lebih berunsur “sabotaj” terhadap sistem perbankan dan kewangan negara – membuat laporan rasmi kepada PDRM, SPRM dan Bank Negara atau menyembunyikan maklumat keluar masuk wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi seseorang dan memberi maklumat palsu kepada Bank Negara?

4. Bagi ramai rakyat jelata, Khairuddin dan Chang adalah syuhada politik (political martyrs).

5. Pendakwaan Khairuddin dan Chang berkemungkinan memperkukuhkan azam agensi-agensi penyiasatan di Singapura, Hong Kong, Switzerland, United Kingdom, Perancis dan Amerika Syarikat menyiasat laporan terhadap 1MDB dan Mohd Najib. Mungkin lebih banyak akaun bank dan aset, termasuk kediaman, akan dibekukan.

6. Malaysia akan terus menjadi bahan persendaan masyarakat antarabangsa yang seterusnya memburukkan lagi ketidakyakinan terhadap pemerintahan dan ekonomi negara.

7. Agensi-agensi nasional dan internasional telah pun menampakkan sikap tidak ambil hirau (disdain) dan tidak yakin dengan tindak-tanduk agensi-agensi Malaysia. Ini terbukti apabila pihak berkuasa mata wang mereka membekukan akaun-akaun berkaitan 1MDB dan Polis Antarabangsa (Interpol) menolak permintaan PDRM agar mengeluarkan waran tangkap ke atas Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown. Polis Thailand pula tidak membenarkan Ketua Polis Negara (Tan Sri) Khalid Abu Bakar menemu bual bekas eksekutif PetroSaudi International (PSI), Xavier Andre Justo.

8. Negara-negara seperti Singapura dan Switzerland serta wilayah berautonomi Hong Kong amat tegas mengenai jenayah rasuah dan pembersihan wang haram (money laundering) manakala Amerika Syarikat sangat tegas terhadap pakatan untuk menipu (conspiracy to defraud).

9. Tindakan Mohamed Apandi merestui tuduhan terhadap Khairuddin dan Chang tetapi pada masa yang sama menolak perakuan pakar (expert recommendation) Bank Negara agar mendakwa 1MDB berkemungkinan memperkukuhkan lagi iltizam pegawai-pegawai SPRM dan Bank Negara serta kakitangan awam lain yang berintegriti untuk tidak tunduk kepada intimidasi.

Keputusan Mohamed Apandi Cetus Tindak Balas
10. Alhamdulillah, kita mula melihat makin ramai petugas awam kanan seperti Gabenor Bank Negara (Tan Sri) Zeti Akhtar Aziz, bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas, Datuk Abdul Hamid Bador dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru bersara, (Datuk Seri) Zakaria Jaffar mula bercakap dan bertindak kerana mereka tidak mahu dituduh bersubahat melakukan kemungkaran. Kita berdoa tiada bala menimpa penjawat awam yang berani seperti Zeti.

11. Di arena politik, Umno sudah berpecah kepada dua puak – puak Mohd Najib dan puak Muhyiddin-Shafie. Di peringkat akar umbi pula, kepemimpinan bahagian dan cawangan tidak lagi berani angkat kepala kerana malu diherdik dan dipersendakan oleh ahli-ahli sendiri.

12. Barisan Nasional hanya wujud pada nama. Ramai perwakilan ke Persidangan Agung MCA baru-baru ini secara terbuka menggesa Mohd Najib meletakkan jawatan. MIC lumpuh akibat krisis dalaman. Di Sarawak, parti-parti suku kaum yang membentuk BN negeri mula bersuara mengenai autonomi dan menjauhkan diri daripada krisis pemerintahan pusat. Umno Sabah pun telah berpecah akibat pemecatan Shafie dan penonjolan musuh-musuh politik beliau.

13. Kem Mohd Najib serba salah. Mereka mahu menyingkir atau, setidak-tidaknya pun, meminggirkan Muhyiddin dan Shafie, tetapi tidak berani kerana mereka tidak yakin dengan kekuatan mereka sendiri. Duri dalam daging sudah bernanah.

14. Secara tersirat, pendakwaan terhadap Khairuddin dan Chang adalah “amaran” bahawa sesiapa saja yang membuat laporan rasmi membabitkan 1MDB dan Perdana Menteri berkemungkinan disiasat dan didakwa sebagai pensabotaj.

15. Soalnya, kalau membuat laporan, memberi maklumat dan menyerahkan dokumen kepada PDRM dan SPRM adalah sabotaj, bagaimana pula PDRM dan SPRM hendak mendapatkan kerjasama rakyat jelata dalam usaha mencegah jenayah dan membasmi rasuah?

Natijahnya, di sebalik jargon, slogan dan retorik seperti 1Malaysia, rakyat didahulukan, keterangkuman (inclusivess) dan kesederhanaan (moderate) terselit unsur-unsur ancaman yang mendalam dan menyeluruh.