Rosmah banyak campur tangan dalam projek kerajaan. Malah ahli parlimen tampin, Shaziman Mansor dikatakan enggan dilantik semula menteri kerjaraya kerana campur tangan Rosmah di dalam projek JKR.
Rosmah terlalu melampau sehingga Dr Mahathir menegur Najib secara terbuka sambil berkata beliau memerintah negara tanpa campurtangan isterinya.
Hal ini disahkan oleh seorang ahli jawatankuasa Umno bahagian Pekan yang melihat Najib takut pada Rosmah.
"Najib sudah keluarkan pen untuk sign surat permohonan ajk tersebut tiba-tiba bila Rosmah datang berdehem, Najib terus ambil pen masuk ke dalam poket bajunya dan tidak jadi sign".
PM macam ini ke yang hendak rakyat yakini?
Ringgit Malaysia jatuh menjunam. Takkan najib tak sedar lagi pelabur asing sudah tidak percaya kepadanya lagi.
Sebab itu sebelum BN hancur, berhentilah sekarang Najib. Takkan SB tak pergi ke kedai kopi di seluruh negara meninjau perbualan rakyat. Ke mana-mana kita pergi, kita dengar orang maki najib. Orang persenda najib. Sepatutnya SB hantar laporan ini kepada najib supaya Najib sedar bahawa beliau sudah tidak dikehendaki rakyat lagi.
Beliau berkata 1MDB akan dipulihkan dalam masa enam bulan. Jika 1MDB gagal dipulihkan dalam masa enam bulan akan datang, sewajarlah Najib meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan PM kepada Muhyiddin kerana beliau masih lagi timbalan presiden Umno.
No comments:
Post a Comment