Sunday, 16 August 2015

Dari Blog Zainaltobiaq

Di El Nido dimaklumkan terdapat sebuah Masjid kecil untuk penduduk Islam yang dianggarkan seramai 200 orang. Terletak kurang lebih 1 km daripada dipinggir El Nido. Imam mereka mempunyai pejabat tersendiri di Municipal Councel di El Nido. Satu penghormatan yang belum terdapat dimana-mana negara dengan menempatkan seorang Imam di taraf yang sedemikian. Oleh yang demikian kepada pembaca yang ingin mengenali secara dekat kehidupan penduduk Islam El Nido, bolehlah berurusan dengan Imam di pejabat Local Councel berkenaan.
Muslim di El Nido dilihat lebih kehadapan jika dibandingkan dengan penduduk setempat. Mereka adalah peniaga yang berjaya.  Mereka menjalankan  peniagaan kedai kain  baju di El Nido sejak lama.  
Satu lagi lokasi dimana dikatakan Islam sebagai Majoriti di Kepulauan Palawan ialah dibahagian selatan Palawan yang berhampiran dengan Sabah, 1M.  Mereka banyak mendiami disekitar Quezon, Rizal, Bataraza City dan keselatan.  Perjalanan ke Quezon City daripada Puerto Princesa ialah 2J dan dari Palawan Island ke Kudat, Sabah dianggarkan 4J dengan menggunakan bot.  Satu lokasi popular pendaratan pendatang tanpa izin daripada Filipina ke 1M yang dimaklumkan tanpa sebarang sekatan dan masaalah sehingga sekarang. Hakikat ini ZBA paparkan melalui temubual dengan 2 orang warga Filipina dan pengalaman mereka ketika berada di Sabah.
Ini catatan daripada seorang pekerja sebuah hotel 3*** di Puerto Princesa. Beliau lelaki warga Filipina dan berumur sekitar 30an.  Dahulunya bekerja di Sabah sebagai jurukimpal lebih sepuluh tahun. Mempunyai dua kad Pengenalan, 1M dan Filipina.  Sambil menunjukan kad pengenalan birunya sebagai raayat 1M.  
ZBA.    Ditanya samada beliau ingin kembali ke 1M suatu ketika nanti. 
MrB.  Jawapan ringkasnya tidak kerana beliau telah mempunyai pekerjaan tetap dan lumayan di Puerto Princesa dengan pelat-pelat bahasa Sabah yang nyata.  
ZBA.    Apakah senang sekali mendapatkan Kad Pengenalan Biru 1M
MrB.   DiSabah, apa pun boleh Baa.  Jika kad ini dibuang (Ditunjukan IC Biru) dan saya kembali ke Kudat besok, lusa saya akan mendapat penggantinya.  Dengan gelak ketawa dan suaranya yang lantang. 
ZBA.    Bagaimana pula jika untuk mendapatkan IC Filipina.
MrB.  Itu lagi senang Ba.  Bayar Php 150 saja.  Itu pejabatnya sambil menunjukan kearah Pejabat Pendaftran Filipina.
Perbualan kami berlarutan hampir satu jam ketika kami sedang makan tengahari di sebuah Restoran Muslim di Puerto Princesa.  Banyak lagi informasi yang tidak perlu ZBA dedahkan disini memadai dengan sedikit perbualan sebagaimana dicatatkan diatas. Persoalannya "Apakah 1M masih aman"
Ini pula catatan daripada penjual barangan cenderahati di Puerto Princesa Airport sebelumZBA check-in untuk penerbangan ke Manila.  Orangnya hansome, pemanis dan senang untuk dibawa berbual.  Boleh berbahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dengan baik. Mendapat didikan Agama yang sempurna dan salah seorang daripadanya abangnya ialah Imam Masjid Masjidil Akhdar di Puerto Princesa.  Perbualan kami berempat juga mengambil masa hampir satu jam mengenai kehidupan masyarakat Islam di Palawan dan perihal bagaimana mereka boleh memiliki kerayatan (Kad Pengenalan) daripada samaada 1M atau Filipina.  
ZBA.   Saudara Mohd Suliezam. Mohon diceritakan serba sedikit tentang kehidupan saudara yang dikatakan berasal daripada Lahad Datu dan bagaimana saudara boleh berada dan bermastautin di Puerto Princesa sehingga sekarang. 
SMS.  Saya dilahirkan di Lahad Datu dalam sebuah keluarga miskin dimana ibu dan bapa saya berasal daripada Filipina dan berhijrah ke Sabah.  Kehidupan dikala itu amat susah bagi kaum pendatang untuk bersaing dengan penduduk tempatan. Walau bagaimanapun dengan bantuan orang tempatan mereka mendapat Kad Pengenalan Malaysia dengan syarat tertaaluk kepada kemahuan  penduduk setempat apabila ketika mereka diperlukan.  
Saya dilahirkan di Kampung Kokos, dibesar dan mendapat pendidikan awal di Sabah sehingga berumur 12 tahun.  Ketika  itu  kami sekeluarga kembali dan menetap di Filipina. Keluarga saya berhijrah dari daerah selatan Kepulauan Mindanao dan menetap di Palawan sehingga sekarang.  Sejak itu saya tidak pernah kembali ke Sabah dan sudah tidak ingat lagi dimana kampung kelahiran saya.
ZBA.  Oleh itu bagaimana saudara memperolehi Kad Pengenalan Malaysia.
SMS.  Semasa saya berumur 12 tahun saya telah ada kad pengenalan Malaysia dan saya simpan sehingga sekarang.
ZBA.   Apakah suatu hari nanti saudara akan kembali ke Sabah dan menetap disana dimana tanah tumpah darah saudara.
SMS.  Tidak mungkin kerana saya telah berkahwin dan mempunyai dua orang  anak  lelaki.
ZBA.  Jika hendak ke Sabah daripada Kepulauan Palawan, apakah cara terbaik dan adakah halangan daripada pihak berkuasa Malaysia.
SMS.  Saya tidak nampak sebarang kesukaran untuk saya kembali ke 1M kerana saya dilahirkan disana dan mempunyai kad pengenalan yang sah.  Dari sini ke Sabah amat senang kerana kebanyakan pendatang Filipina memilih laluan ini kerana dekat dan 4J sahaja menaiki boat menuju Kudat.  Di Kudat kami bebas bergerak kemana-mana walaupun tanpa sebarang kad pengenalan.
ZBA merenung tajam wajah air muka anak muda ini.  Dari raut wajahnya beserta dengan pendidikan agama yang beliau ada, ZBA tidak meragui kebenaran yang diceritakan kepada kami.  Dalam hati kecil terpanggil rupa-rupa ramai dari kalangan raayat Filipina yang mempunyai dua kerayatan  dan bebas keluar masuk kedua negara sewenang-wenangnya. Mengaut segala keistimewaan hak raayat tempatan dan membawa pulang kenegara asal mereka.
Pintu keluar masuk khususnya yang dimaklumkan sebagai "Kudat di Sabah" adalah pintu utama  keluar masuk mereka secara bebas.   Sebagai raayat Malaysia yang telah menitiskan keringat demi keamanan 1M, ZBA berharap catatan ini menjadi pembuka ruang untuk pihak-pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas kepada semua bentuk pencerobuhan  sebelum terlambat.

No comments: