Sunday, 16 August 2015

STORY ABOUT IM FROM LOMBOK dari tobiaq travel

Dengan Nama Allah yang Pemurah lagi Maha Pengasihani


Assalamualaikum, 

Nukilan ini tidak berhasrat untuk mengutuk mengeji malah mencerca sesiapa tetapi sekadar buat ingatan dan pedoman para pembaca.  Jika sekiranya ianya munasabah dan boleh dipercayai, kita gunapakai untuk dijadikan sempadan dan jika ia hanya atas sikap dan emosi  penulis, itu terpulang kepada individu untuk memikirkannya.  Sebagai penulis ZBA amat sayang kepada Negara dan tanah air yang tercinta.  Kerana itulah nukilan ini dipaparkan agar nasi tidak menjadi bubur dan bubur tidak disajikan untuk santapan anak cucu kita nanti.

Kedua.  Amanah adalah satu tanggungjawab.  Pecah amanah bermakna sesaorang itu tidak bertanggungjawab.  Ingatlah wahai sahabat-sahabat bahawa apa yang kita terima secara haram, haramlah ia dari  menjadi darah daging kita dan keluarga.   Sesungguhnya kepada mereka-mereka yang berkenaan, insaflah dan kembalilah kepada memikul amanah itu sendiri.  Biar kita miskin didunia tetapi menjanjikan kita kaya di akhirat.  Sama ada dari kalangan kita termasuk dalam kumpulan jerung-jerung  kecil atau mega  jerung sekalipun, sebenarnya dunia ini tidak pernah cukup bagi secebis NAFSU yang kita ada.  Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan dikembalikan.  
Diatas bangsal atau pondok inilah sebagai santapan pagi ZBAdiketemukan oleh Allah dengan seorang hamba Allah yang tidak perlu dikenali disini.  Sebenarnya di pondok inilah diluahkan cerita sebenar yang terjadi kepada individu berkenaan.  Al-maklum diawal pagi tiada penumpang ferry yang bersama kami.  Jika ada pun mereka akan meninggalkan kami apabila tiba waktu dengan menaiki menaiki ferry ke Bangsal di Pulau Lombok.  Jam sekarang telah menunjukan 7.00 pagi dan kami dijangka akan menaiki ferry pada jam 8.30 pagi juga ke Bangsal.


Asli dari mana Pak, tegur seorang pemuda separuk umur yang berada didepan saya sebagai pemula perbicaraan.  Beliau memakai kain dan berbaju kemeja T dan dari raut wajahnya persis seorang yang pernah bekerja keras dan jujur kepada setiap perkataan yang diluahkan.  Pertanyaannya adalah untuk "conformas" kerana pada pandangan saya beliau 90% telah mengenali kami berdasarkan tuturkata percakapan sesama kami sebelumnya.  Kami kekadang berbahasa Melayu dan dicampur Inggeris yang sememangnya amalan kita dalam perbualan harian.

Dari Malaysia Pak, jawab ZBA dengan nada perlahan kerana kekadang malu untuk menyebut Malaysia.  Kenapa malu ?.  Jawapannya mudah. Bukan kerana namanya Malaysia tetapi kerana politaiknya yang amat memalukan.  Kalau Malaysia, ZBA sanjung tinggi kerana itulah satu-satunya negara pujaanKu dan disinilah tanah tumpah darahKu yang telah Ku perjuangkan untuk keamanan sejagat tetapi telah dijual beli oleh para politaik  demi kepentingan duniawi tertentu.  Malah NegaruKu Malaysia tercinta telah ditukar nama kepada 1 Malaysia.  Salam 1 Malaysia dan bukan lagi salam sebagaimana diajarkan oleh Islam "Assalamualaikum".  

Tangan dihulur dan kami memperkenalkan diri dan beliau memperkenalkan diri sebagai MrX yang berasal daripada Kepulauan Batam dan bekerja di Gili Trawangan. Saya juga pernah bekerja di Malaysia Pak selama 3 tahun dalam dailek Indonesia yang pekat. Mengetahui asal usulnya,  ZBA juga mengubah telo dari berbahasa Melayu sebenar kepada dailek Indonesia sekadar yang termampu untuk merancakan perbincangan. 


Oh, gitu balas saya pendek.  Kapan kembali ke Indon dan kenapa ngak terus bekerja disana aje kan lebih enak dan nyaman.  Udah ngak seperti dulu Pak, Malaisia sudah tidak bisa aman lagi, pemerintahnya korap khusus Pak Polisi yang sering ganggu untuk mendapatkan uang.  Terperanjat ZBAmendengar perkataan "korap" yang dalam bahasa kita difahami dengan istilah "rasuah".  Apa pun ZBA biarkan sahaja beliau meneruskan luahan hatinya  sepuas-puasnya.

Begini Pak, saya memasuki Malaysia sebagai TKI sekitar tahun 2004 daripada Batam ke Selendah sempadan Pahang dan Johor di Mersing.  Rombongan itu mempunyai sekitar dua puluhan dan dikenakan bayaran IDR 1Juta seorang kepada  tekong tempatan yang berasal dari Ulu Tiram.  Sesampai disana kami disembunyikan di sebuah kampung yang dikenali sebagai Kampung Durian, Ulu Tiram, Johor selama beberapa hari bersama-sama puluhan pendatang lain didua rumah berasingan yang dihadapan 50M daripada rumah yang kami tumpangi ialah rumah seorang Polisi.  

Disini saya mencelah, "Apa Polisi enggak tahu tentang kedatangan bapak-bapak semua ?.  Kami telah dimaklumkan oleh tekong agar jangan membuat bising dan menundukan kepala semasa kami melintasi rumah tersebut.  Bapa enggak takut ?.  Kami ada tekong dan penghantar yang selalu berurusan. Saya mengangguk dan berfikir. Dalam hatiKu berbisik, begitu mudah sekali untuk memasuki negara 1M malah lebih mudah dengan mendapatkan bantuan dari petualang dan pengkhiatan.

MrX bekerja disebuah ladang kelapa sawit sebagai pengait buah dan berpendapatan sekitar IDR 5J (RM1,650.00) sebulan.  Satu pendapatan yang amat lumayan bagi TKIberbanding seorang guru berijazah di Indonesia.  MrX meneruskan ceritanya.

Enam bulan kemudian saya mendapat IC biru sebagai warganegara.  Kebetulannya Malaysia akan mengadakan PEMILU ke 11 dan dari situ saya boleh bebas bergerak tidak sebagaimana  enam bulan sebelumnya. 

Sebelum Pemilu kami didatangi oleh orang-orang tertentu dan memaklumkan supaya kami memilih pemerintah pada Pemilu akan datang.  Sekiranya kami ingkar, IC  akan  ditarik  balik  dan   ditangkap  serta akan dipenjarakan sebelum dihantar pulang.  MrX menyatakan kepada saya,  kami gembira dalam paksaan.  Gembira kerana dengan mudah mendapat kewarnegaraan dan sedih kerana paksaan.  Demi sesuap nasi kami turuti dengan patuh walaupun cara tidak menghalalkan kami berbuat demikian.  Selaku seorang Islam, kami tidak pernah diajar untuk berbuat demikian tetapi di Malaysia segala-galanya boleh.

                                                                Benar Pak, kenapa saya harus membohongi Bapak. Ngak ada apa-apa untung dan rugi bagi saya.  Bersama saya sekitar 100 orang telah mengundi untuk pemerintah.  Empat tahun kemudian perkara yang sama berlaku. Sekali lagi kami dipaksa untuk mengundi pemerintah.  Tetapi kali ini jumlahnya makin ramai dan mungkin mencecah ribuanTKI telah mengundi pemerintah.  



Sesetengah dari kami dibekalkan sekali ongkos untuk berbelanja.  Waduh, nyaman sekali ketika itu Pak.  Ngak pernah terjadi begini ketika kami mengundi calun pemilu di Indonesia.  


Disana kami bebas memilih dan bebas bersuara membuat pilihan masing-masing.  Ngak ada nasi bungkus dan jauh sekali uang ringgit sebagaimana di Malaisia. 

ZBA mendengar dengan penuh minat dalam hatiKu berbuku kerana amanah kita telah digadai oleh bangsa sendiri yang tidak bertanggungjawab.
Setelah MrX bercerita dengan penuh minat dan bersungguh, ZBAcuba mencelah dan mengajukan soalan untuk menduga kesungguhan dan keikhlasan beliau.  Kalau gitu kenapa bapak mengambil jalan pulang ke Indonesia sedangkan bapak mendapat segala-galanya disana jika dibandingkan dengan di Indonesia ?. 

Ceritanya panjang Pak.  Biar  saya berterus terang dengan Bapak.  Sungguhpun kami disahkan sebagai warganegara secara sah dan telah pun dua kali mengundi untuk pemerintah, hidup kami tidak pernah tenang.  Ada sahaja halangan setiap bulan.  Baksis Pak.  Baksis tidak dibayar maka kami akan ditahan Polisi.

Sepanjang hampir lima tahun saya berada disana walaupun baksis dijelaskan, tiga kali saya dipenjarakan tanpa sebarang sebab.  Tiga hari didalam lokap dan selepas itu dilepaskan.  Semasa dalam tahanan kami tidak pernah diberitahu kenapa dan mengapa kami ditangkap sedangkan kami warganegara.  Untuk makluman Bapak setiap kali kami dipenjara setiap kaliIC kami dipotong dan kami terpaksa membuat semula dengan bayaran.  Ditahan lagi bagi kali kedua, ICdipotong lagi dan lagi sekali terpaksa diperbaharui.  Ditahan lagi bagi kali ketiga, saya merelakan suntuk  ditahan buat selama-lamanya.  Saya menaruh harapan nekad dihati tidak akan mengeluarkan wang lagi.  Akhirnya saya dihantar ke Depoh Tahanan sebelum dihantar pulang.  Banyak lagi ceritanya Pak.

Sebenarnya ZBA mempunyai banyak soalan untuk   dikemukakan    kepada   MrX   tetapi   
masa  amat  mencemburui  kami.  Bot   sewa khas   telah   menghampiri   jetty   dan   akan
berlepas balik ke Bangsal pada bila-bila masa dari sekarang.  Sebelum kami bertolak MrX mempelawa kami untuk sama-sama menjamah sarapan pagi digerai berhampiran.  Saya mencapai tangannya bersalam dan mengucapkan Assalamualaikum.

Mualaikum salam dan muga ketemu lagi Pak.  Selamat berangkat.

Iktibar dari pengalaman diatas.  Betapa jijik orang berpolitaik sehingga sanggup menggadai maruah demi kepentingan diri sendiri.  Ingatlah bahawa walau pun satu undi  yang dicatatkan sebagai "haram" bermakna kemenangan adalah tidak sah dan haram disisi Islam.  Jika kita diistiharkan menang dengan undi haram bermakna sepanjang tempuh penggal kita menjadi MP atau Adun bermakna kita menerima duit haram dan makan hasil dari pekerjaan yang juga haram.  Jadi tidak malukah kita yang mengaku bersyahadah sebagai   ummat Muhammad S.A.Wdipersoalkan dihadapan Allah di Mahkamah Rabul jalil kelak.


Dari Blog Zainaltobiaq

Di El Nido dimaklumkan terdapat sebuah Masjid kecil untuk penduduk Islam yang dianggarkan seramai 200 orang. Terletak kurang lebih 1 km daripada dipinggir El Nido. Imam mereka mempunyai pejabat tersendiri di Municipal Councel di El Nido. Satu penghormatan yang belum terdapat dimana-mana negara dengan menempatkan seorang Imam di taraf yang sedemikian. Oleh yang demikian kepada pembaca yang ingin mengenali secara dekat kehidupan penduduk Islam El Nido, bolehlah berurusan dengan Imam di pejabat Local Councel berkenaan.
Muslim di El Nido dilihat lebih kehadapan jika dibandingkan dengan penduduk setempat. Mereka adalah peniaga yang berjaya.  Mereka menjalankan  peniagaan kedai kain  baju di El Nido sejak lama.  
Satu lagi lokasi dimana dikatakan Islam sebagai Majoriti di Kepulauan Palawan ialah dibahagian selatan Palawan yang berhampiran dengan Sabah, 1M.  Mereka banyak mendiami disekitar Quezon, Rizal, Bataraza City dan keselatan.  Perjalanan ke Quezon City daripada Puerto Princesa ialah 2J dan dari Palawan Island ke Kudat, Sabah dianggarkan 4J dengan menggunakan bot.  Satu lokasi popular pendaratan pendatang tanpa izin daripada Filipina ke 1M yang dimaklumkan tanpa sebarang sekatan dan masaalah sehingga sekarang. Hakikat ini ZBA paparkan melalui temubual dengan 2 orang warga Filipina dan pengalaman mereka ketika berada di Sabah.
Ini catatan daripada seorang pekerja sebuah hotel 3*** di Puerto Princesa. Beliau lelaki warga Filipina dan berumur sekitar 30an.  Dahulunya bekerja di Sabah sebagai jurukimpal lebih sepuluh tahun. Mempunyai dua kad Pengenalan, 1M dan Filipina.  Sambil menunjukan kad pengenalan birunya sebagai raayat 1M.  
ZBA.    Ditanya samada beliau ingin kembali ke 1M suatu ketika nanti. 
MrB.  Jawapan ringkasnya tidak kerana beliau telah mempunyai pekerjaan tetap dan lumayan di Puerto Princesa dengan pelat-pelat bahasa Sabah yang nyata.  
ZBA.    Apakah senang sekali mendapatkan Kad Pengenalan Biru 1M
MrB.   DiSabah, apa pun boleh Baa.  Jika kad ini dibuang (Ditunjukan IC Biru) dan saya kembali ke Kudat besok, lusa saya akan mendapat penggantinya.  Dengan gelak ketawa dan suaranya yang lantang. 
ZBA.    Bagaimana pula jika untuk mendapatkan IC Filipina.
MrB.  Itu lagi senang Ba.  Bayar Php 150 saja.  Itu pejabatnya sambil menunjukan kearah Pejabat Pendaftran Filipina.
Perbualan kami berlarutan hampir satu jam ketika kami sedang makan tengahari di sebuah Restoran Muslim di Puerto Princesa.  Banyak lagi informasi yang tidak perlu ZBA dedahkan disini memadai dengan sedikit perbualan sebagaimana dicatatkan diatas. Persoalannya "Apakah 1M masih aman"
Ini pula catatan daripada penjual barangan cenderahati di Puerto Princesa Airport sebelumZBA check-in untuk penerbangan ke Manila.  Orangnya hansome, pemanis dan senang untuk dibawa berbual.  Boleh berbahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dengan baik. Mendapat didikan Agama yang sempurna dan salah seorang daripadanya abangnya ialah Imam Masjid Masjidil Akhdar di Puerto Princesa.  Perbualan kami berempat juga mengambil masa hampir satu jam mengenai kehidupan masyarakat Islam di Palawan dan perihal bagaimana mereka boleh memiliki kerayatan (Kad Pengenalan) daripada samaada 1M atau Filipina.  
ZBA.   Saudara Mohd Suliezam. Mohon diceritakan serba sedikit tentang kehidupan saudara yang dikatakan berasal daripada Lahad Datu dan bagaimana saudara boleh berada dan bermastautin di Puerto Princesa sehingga sekarang. 
SMS.  Saya dilahirkan di Lahad Datu dalam sebuah keluarga miskin dimana ibu dan bapa saya berasal daripada Filipina dan berhijrah ke Sabah.  Kehidupan dikala itu amat susah bagi kaum pendatang untuk bersaing dengan penduduk tempatan. Walau bagaimanapun dengan bantuan orang tempatan mereka mendapat Kad Pengenalan Malaysia dengan syarat tertaaluk kepada kemahuan  penduduk setempat apabila ketika mereka diperlukan.  
Saya dilahirkan di Kampung Kokos, dibesar dan mendapat pendidikan awal di Sabah sehingga berumur 12 tahun.  Ketika  itu  kami sekeluarga kembali dan menetap di Filipina. Keluarga saya berhijrah dari daerah selatan Kepulauan Mindanao dan menetap di Palawan sehingga sekarang.  Sejak itu saya tidak pernah kembali ke Sabah dan sudah tidak ingat lagi dimana kampung kelahiran saya.
ZBA.  Oleh itu bagaimana saudara memperolehi Kad Pengenalan Malaysia.
SMS.  Semasa saya berumur 12 tahun saya telah ada kad pengenalan Malaysia dan saya simpan sehingga sekarang.
ZBA.   Apakah suatu hari nanti saudara akan kembali ke Sabah dan menetap disana dimana tanah tumpah darah saudara.
SMS.  Tidak mungkin kerana saya telah berkahwin dan mempunyai dua orang  anak  lelaki.
ZBA.  Jika hendak ke Sabah daripada Kepulauan Palawan, apakah cara terbaik dan adakah halangan daripada pihak berkuasa Malaysia.
SMS.  Saya tidak nampak sebarang kesukaran untuk saya kembali ke 1M kerana saya dilahirkan disana dan mempunyai kad pengenalan yang sah.  Dari sini ke Sabah amat senang kerana kebanyakan pendatang Filipina memilih laluan ini kerana dekat dan 4J sahaja menaiki boat menuju Kudat.  Di Kudat kami bebas bergerak kemana-mana walaupun tanpa sebarang kad pengenalan.
ZBA merenung tajam wajah air muka anak muda ini.  Dari raut wajahnya beserta dengan pendidikan agama yang beliau ada, ZBA tidak meragui kebenaran yang diceritakan kepada kami.  Dalam hati kecil terpanggil rupa-rupa ramai dari kalangan raayat Filipina yang mempunyai dua kerayatan  dan bebas keluar masuk kedua negara sewenang-wenangnya. Mengaut segala keistimewaan hak raayat tempatan dan membawa pulang kenegara asal mereka.
Pintu keluar masuk khususnya yang dimaklumkan sebagai "Kudat di Sabah" adalah pintu utama  keluar masuk mereka secara bebas.   Sebagai raayat Malaysia yang telah menitiskan keringat demi keamanan 1M, ZBA berharap catatan ini menjadi pembuka ruang untuk pihak-pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas kepada semua bentuk pencerobuhan  sebelum terlambat.

Tip Melawat Filipine dari Blog Zainaltobiaqtravel

ZBA menghabiskan 3H/2M di Manila sebelum kembali melalui Kota Kinabalu.  Dari pengalaman berada di Filipina,  sekali lagi dimaklumkan bahawa Filipina adalah selamat dikunjungi pada keseluruhannya kecuali di Kepulauan Mindanau.  Elakan daripada memperkenalkan diri sebagai Malaysian dan jangan menyentuh langsong tentang politik yang berhubung kait dengan keadaan di Selatan Filipina.

Dari: zainaltobiaqtravel.blogspot.

BUENOS AIRES CITY


Satu lagi yang menarik perhatianZBA ialah lampu syarat di persimpangan jalan.  Dari apa yang ZBA alami dan lihat dalam perjalanan ke EZEAirport dari pusat bandaraya, lebih daripada 15 lampu isyarat sepanjang lebih 10km perjalanan, memberi laluan dengan timing "Hijau" untuk perjalanan tanpa henti "Sincronice".  Satu-satu yang patut NegaraKu belajar untuk menghormati masa daripada membuang masa berjam-jam disebabkan lampu isyarat.  Kita tidak perlu mendabik dada yang kita adalah terbaik.  Sebenarnya kita masih jauh daripada yang baik sekali