Walaupun Dahulu ini adalah angan-angan............. tapi untuk apa
Mock Viva adalah proses pembelajaran kedoktoran (Phd). Semua pelajar peringkat kedoktoran akan melalui ranjau ini. Terima kasih kepada Prof Norhana, Prof Kamil dan Prof Faridah kerana menjadi supervisor dan mentor tesis saya. Ada 2 soalan yg saya tidak mampu menjawab dgn kukuh kerana saya tidak mahir bab econometrics. InsyaAllah saya akan cuba perbaiki menjelang Final Viva 25 Ramadhan nanti.
Apa yang saya belajar bila melalui proses ini?
Seminggu sebelum mock viva, fikiran saya mula buntu untuk menyiapkan slide presentation. Banyak sebenarnya saya nak share utk mock viva tapi saya cuma ada 20 minit utk present. AKhirnya, saya mula bosan sebab apa yg saya nak present sebab saya dah tahu setahun lalu. Mungkin saya berminat dgn 'results thesis' sedangkan examiner pula melihat dari perspektif 'scholars'. Reziaana, classmate DBA, membantu saya dengan meminjamkan (diapun pinjam dari org lain) buku steps of preparing dissertation. Buku ini sedikit boost semangat saya. Thanks Rezi!
Kenyataannya, saya rasa kosong dalam diri seminggu sebelum present. Saya cuba mengubati diri dengan membuat perancangan "Karnival Haji" yg akan saya cuba laksanakan selepas Raya nanti. Ianya memberi sedikit lagi ruang motivasi. Pun begitu, Tiada siapa yg mengerti apa yg saya fikirkan melainkan diri sendiri. Saya mula menyerahkan kepada Allah untuk menentukan nasib saya. Hingga satu peringkat saya berkata "Ya Allah jika dalam gengaman ilmuMU baik untukKu dan imanku, maka izinkanlah aku melalui proses kedoktoran ini dengan lancar." Sesungguhnya saya tak mampu lagi untuk meneruskan perjalanan DBA saya, terlalu lama dan meletihkan. Malam sebelum present, saya telefon mak saya. Mak saya memberi keyakinan dan harapan. Mak saya sebut "Mak dah doakan untuk kejayaan Wan." Itulah kasih sayang seorang ibu. Alhamdulilah saya masih ada ibu, usianya melebihi 70 tahun.
Alhamdulilah mock viva berjalan dgn baik dan lancar. Suasana pertemuan ilmiah di mana masing2 menghormati antara satu dgn lain. Profesor, supervisor, kawan2 semua memberi sokongan. Thanks also to abg Zainul, kak Pau, Noraini dan profesor2 dan teman2 yg hanya memberi motivasi melalui sms dan email.
Selepas makan tengahari dgn prof Kamil, saya melangkah ke MAsjid Negeri Shah Alam untuk sholat JUmaat. Ketika sholat hati saya tersentuh dan berlinang airmata keinsafan bahawa Allah masih sayang kat saya walaupun saya selalu lalai dan alpa. Sudah empat tahun saya bertungkus lumus menjalani proses kedoktoran secara part-time. Saya menginsafi terlalu banyak kelalaian berlaku dan sholat berjamaah dan sholat2 sunat main tangkap muat aje.
No comments:
Post a Comment