Sunday, 14 February 2016

Agaknya Sapa Minda Tertutup

Rabu, Januari 27, 2016

BILA MINDA SUDAH TERTUTUP

Semalam berita paling hangat ialah sidang akhbar Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan bahawa PM, Datuk Seri Najib Razak tidak melakukan sebarang jenayah dalam isu derma RM2.6 billion dan isu  pinjaman SRC International anak syarikat 1MDB dengan KWAP.

Maka kes yang menjadi isu paling hangat pada tahun lepas ditutup. Beliau berpuas hati dengan hasil siasatan SPRM yang menunjukkan bahawa derma RM2.6 billion itu bukannya ada unsur suapan dari keluarga diraja Arab Saudi.

Selama ini PM berdiam diri kerana ia masih dalam siasatan tetapi bila PM disahkan bersih oleh Peguam Negara maka ramai yang tidak puas hati. bekas menteri, Zaid Ibrahim menggesa SPRM menutup kedai keranabeliau  tidak boleh menerima penjelasan Peguam Negara.

Ini yang susahnya bila minda sudah tertutup. Walaupun tidak ada bukti untuk mendakwa PM ke mahkamah, tetapi mereka menuduh Peguam Negara berat sebelah. Bukannya senang mendakwa kes rasuah di mahkamah. Lihat sudah banyak SPRM kalahdi mahkamah  seperti kes Kasitah Gadam, Ramli Yusof kerana tidak cukup bukti. Justru itu beradasrkan keterangan saksi maka Peguam Negara menutup kes ini. Takkan Zaid Ibrahim sebagai seorang peguam yang terkenal tidak faham prosedur ini.

Yang lebih mengejutkan apabila pada tahun 2013 Najib sudah pulangkan derma itu sebanyak RM2,03 billion kepada penderma kerana tidak ada keperluan lagi untuk menggunakan wang derma tersebut. Ini menunjukkan PM berhati mulia terima derma dari Arab Saudi tetapi pulangkannya apabila tidak memerlukan lagi derma itu.

Peguam Negara menjelaskan bukan RM2.6 billion yang diterima Najib tetapi RM2.08 billion tetapi Najib sudah pulangkan sebanyak RM2.03 billion. Ini bermakna PM menggunakan sebanyak RM50 juta wang derma insan budiman tersebut.

Semua parti komponen BN menerima derma tersebut dan semua ketua bahagian menerimanya tetapi tidak disahkan oleh mereka seperti kata Zaharin Mohd Yasin, seorang aktivis Umno kerana wang itu disapu oleh ketua bahagian dan tidak sampai ke bahagian. Hanya Zaharin seorang yang mengaku menerima wang tersebut sebagai Setiausaha Kerja BN Bandar Tun Razak yang pernah menunjukkan cek Ambank ditandatangani Najib kepada saya.

TPM, Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta rakyat Malaysia tidak mengungkit lagi isu tersebut kerana sepanjang tahun lepas isu itu banyak menghabiskan masa. Tetapi pembangkang tidak puas hati. mereka berkata jika Gani Patail masih Peguam Negara, mungkin kenyataan Peguam Negara berlainan.

Biarlah mereka nak kata apa, yang penting Najib kena kerja keras untuk rakyat Malaysia untuk pastikan BN menang dalam PRU akan datang. Minda mereka sudah tertutup. Mereka tidak akan bersikap terbuka kerana bila keputusan mahkmah menyebelahi mereka, baru mereka kata mahkamah adil tetapi apabila keputusan mahkamah tidak menyebelahi mereka, mereka kata hakim sudah dibeli. Oleh itu pedulikanlah pandangan mereka.




Sang Kelembai Yang Berprinsip

Selasa, Februari 02, 2016

KENAPA ZAHARIN BUAT KEJUTAN

Zaharin Mohd Yasin bukanlah ahli parlimen dan bukannya ketua Umno Bahagian. Beliau adalah bekas Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak dan bekas Setiausaha Kerja BN Bandar Tun Razak.Tetapi semua orang politik mengenalinya. Jika aktivis Umno tidak kenal siapa itu Zaharin maknanya orang itu belum khatam lagi dalam politik Umno.

Saya mengenali Zaharin sejak 29 tahun lalu ketika bekerja sebagai wartawan akhbar Watan. Ketika sedang minum di kantin parlimen saya yang tidak kenalinya ditegur beliau sambil berkata, "Zabidi, ini Datuk Ishak Ketua Pengarah Jabatan Langskap Malaysia".

Saya hairan siapa lelaki gemuk ini yang kenali ramai pegawai kerajaan di kantin parlimen. Sejak itu kami berkawan dan untuk dapatkan info yang baik mengenai Umno maka Zaharinlah sumbernya.

Beliau bukan sahaja kenali hampir semua pegawai kerajaan malah kenali semua ahli parlimen yang ada di kantin itu tidak kira ahli parlimen BN atau pembangkang. Maka apabila semalam sempena cuti Hari Wilayah, beliau menarik balik sokongan kepada PM, Najib Razak sudah tentu ada yang tidak kena.

Zaharin berkawan dengan Najib sejak beliau menang dalam PRK Pekan pada tahun 1976 lagi. Sama sama dalam pemuda Umno Malaysia. Najib adalah Exco pemuda manakala Zaharin adalah ahli jawatankuasa biro antarabangsa pemuda Umno.

Facebook Zaharin mencatat sejarah kerana mempunyai 23,000 pengikut. Bila beliau keluarkan posting, biasanya 3,000 pengikutnya akan "like" posting tersebut. Betapa berpengaruhnya beliau.

Dalam perjuangan beliau konsisten. Sejak Anwar Ibrahim menyertai Umno pada 29  Mac 1982 sehinggalah dipecat dari Umno pada 2 September 1998, Zaharin balun Anwar kerana beliau tahu Anwar bukannya pemimpin yang baik. Semua orang tahu beliau di belakang tabir penerbitan buku Khalid Jefri berjudul 50 Dalil Kenapa Anwar Tak Boleh jadi PM yang mana buku itu yang menjatuhkan Anwar sebagai TPM.

Namun demikian Zaharin kagum dengan sikap Anwar yang berjiwa besar. Walaupun Zaharin yang menaja buku yang menjatuhkan Anwar, tetapi Anwar tetap menegur Zaharin bila terserempak di parlimen.

Di zaman Pak Lah menjadi PM, Zaharin secara konsisten menghentam pentadbiran Pak Lah dalam blognya Sang Kelembai sehinggalah Pak Lah terpelanting dari jawatan PM. Di zaman Dr Mahathir, Zaharin dipecat dari Umno kerana menulis surat kepada semua ahli majlis tertinggi mengadu tentang anak Dr Mahathir iaitu Marina.

Beliau dua kali dipecat dari Umno tetapi beliau tetap bersama Umno dan beliau tidak menyertai parti lain. Di zaman Najib beliau hentam Muhyiddin Yasin dan akhirnya Muhyiddin gugur sebagai TPM. Jadi apabila Najib dihentam beliau, ini bermakna jangka hayat Najib sebagai PM tidak akan bertahan lama.

Apa puncanya yang menimbulkan kemarahan Zaharin kepada Najib? Beliau masih membisu dan sudah tentu ada insiden yang buatkan beliau kecil hati kerana dianggap sebagai sampah.

Apabila meletus isu derma RM2.6 billion Zaharin yang mengakui menerima cek dari Najib untuk pejabat BN Bandar Tun Razak sedangkan semua ketua bahagian yang menerima sumbangan dari Najib membisu seribu bahasa dan tidak berani mengesahkannya kerana sumbangan itu masuk ke dalam poket sendiri dan tidak masuk ke dalam akaun Umno bahagian.

Zaharin rapat dengan Najib sejak 40 tahun lalu. Maka tidak hairanlah Najib selaku PM boleh melawat cawangan Umno Flat Sri Labuan yang diketuai Zaharin. Banyak masalah infrastuktur di flat tersebut diselesaikan Najib sedangkan itu bukan tugas PM. Sepatutnya Datuk Bandar sahaja menyelesaikan masalah kecil seperti itu. Ini bermakna Najib menghormati Zaharin sebagai pemimpin di peringkat cawangan.

Ketika Zaharin bertugas sebagai Setiausaha Kerja BN, beliau komited di pejabatnya menolong rekomen ahli-ahli Umno Bahagian Tun Razak untuk dapatkan flat Dewan Bandaraya. Sokongan beliau laku kerana jika Datuk Bandar tidak luluskannya maka Zaharin selaku pejuang golongan marhain akan bising.

Jika Zaharin terus menghentam Najib maka lebih banyak rahsia Najib akan didedahkannya. Maka lebih baik damaikan segera mereka berdua kerana ia lebih banyak memberi peluru kepada pembangkang untuk menghentam BN dalam PRU akan datang.

Anwar, Pak Lah, Muhyiddin jatuh gara gara Zaharin menulis dalam blog dan Facebook. Maka kita tidak mahu lihat Najib mengalami nasib yang sama seperti mereka. Maka veteran Umno yang ada aturlah pertemuan segera di antara Zaharin dengan Najib demi kemenangan BN pada PRU akan datang.





Status Keintelektualan ?

Sabtu, Februari 06, 2016

LETAK JAWATANLAH AEIZA

Ketua Puteri Umno Bahagian Bayan Baru, Aeiza Hassan sepatutnya meletakkan jawatan sebagai ketua puteri bahagian dan Exco Puteri Umno Malaysia kerana mempertikai pemecatan Mukhriz Mahathir sebagaio MB Kedah.

Beliau menulis surat kepada seorang Dato yang disebarkan dalam whatshap yang diterima oleh majoriti rakyat Malaysia. Beliau yang kecewa dengan cara Mukhriz diturunkan menulis telah ditanam hasrat sejak dari awal lagi jika Mukhriz turun dari jawatan MB Kedah, Umno bukan lagi pilihan kami.

Kalau exco puteri Umno Malaysia boleh menulis macam ini, apatah lagi rakyat biasa yang tak faham hujung pangkal kes Mukhriz disingkirkan sebagai MB. Exco puteri boleh berkata Umno bukan pilihan kami lagi maknanya dia akan mengundi pembangkang pada PRU akan datang. Sebab itu saya sudah banyak kali menulis dalam blog ini bahawa jika BN kalah bukannya kerana pembangkang kuat tetapi kerana orang macam Aieza yang tidak akan memilih BN lagi.

Oleh itu ketua puteri Umno Malaysia, Mas Ermieyati wajar memecat beliau dari jawatan Exco puteri Umno Malaysia. Walaupun penolong setiausaha puteri Umno Malaysia, Fahariyah Md Nordin menafikan whatsapp tersebut dengan mengatakan ia adalah fitnah. Sepatutnya Aeiza yang buat laporan polis bagaimana whatsapp yang menggunakan nama beliau boleh tersebar jika benar bukan beliau yang menulisnya.

Oleh itu saya mengalu-alukan kenyataan Fahariyah yang mahu buat laporang polis. Biar polis siasat sama ada Aeiza berbohong atau tidak.

Apa kah Manusia Perlu Serik untuk bercakap Benar

Isnin, Februari 08, 2016

MUHYIDDIN TAK SERIK



Selepas Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin berucap di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru pada perhimpunan agung Umno, nampaknya bekas TPM itu tidak serik mengkritik Najib Razak dalam posting terbaharu Facebooknya.

Beliau menulis  walaupun jelas tergambar perasaan duka dan kecewa di wajah mereka yang ditemuinya - sama ada yang dikenalinya dan tidak dikenalinya - jauh di sudut hati mereka masih menaruh harapan.

"Harapan agar Malaysia dapat diselamatkan. Supaya Malaysia kembali pulih dan tidak menjadi sebuah negara yang gagal," tegas bekas timbalan perdana menteri itu.

Katanya, ini permulaan kepada satu perjuangan untuk memulihkan Malaysia dan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara lebih baik "kerana kita semua berhak untuk menikmati setiap kebaikan yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada negara kita".

Menulis di Facebook dua hari lepas, Muhyiddin menegaskan bahawa mereka tidak akan ada kekuatan jika bersendirian.

"Tetapi jika kita semua bersatu hati, membuka minda dan nurani untuk melihat kebenaran, melawan kemungkaran dan bertindak untuk menjadikan masyarakat dan negara kita lebih baik daripada hari ini, maka nescaya kita akan berjaya jua akhirnya.

"Bagi saya, dalam hidup kita mesti ada prinsip. Prinsip yang paling utama ialah berpihak kepada kebenaran. Jangan sekali-kali kita berpihak kepada kebatilan. Sebagai seorang Muslim, ini adalah tuntutan agama.

"Justeru, saya tidak akan berpaling daripada perjuangan menegakkan kebenaran. Saya yakin, seluruh rakyat Malaysia berpendirian yang sama dan saya akan terus bersama-sama anda dalam perjuangan ini!

"Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa ke hadrat Allah s.w.t. mudah-mudahan kita semua sentiasa diberikan kekuatan oleh-Nya. Amin Ya Rabbal Alamin!" katanya.

Kenyataan Muhyiddin itu dibuat hampir seminggu selepas Peguam Negara  Mohamed Apandi Ali membersihkan Perdana Menteri  Najib Abdul Razak dari sebarang salah laku, berdasarkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung RM42 bilion dari SRC International dan derma RM2.6 bilion.

Menulis lanjut, Muhyiddin berkata masalah besar yang sedang melanda negara ialah ketiadaan roh perjuangan untuk berpegang kepada prinsip-prinsip murni dalam kehidupan.

"Kerana itu berlaku masalah pecah amanah, tiada tanggungjawab terhadap rakyat dan mungkin tiada perasaan takut kepada balasan Allah s.w.t.

"Kemelut yang berlaku nampaknya seperti tiada kesudahan. Misteri kehilangan wang dan harta negara tidak akan terungkai, walaupun bagi yang mengetahui ia seperti rompakan di siang hari.

"Pelbagai cerita akan terus direka untuk mengaburi mata rakyat demi melindungi salah laku individu tertentu," katanya sambil menegaskan bahawa keadilan yang ditagih tidak akan tertegak dengan mudah.

"Kita tahu bahawa sebelum ini terdapat penjawat awam, ahli perniagaan dan ahli politik yang disiasat, didakwa dan akhirnya dihukum kerana menyalahgunakan dana awam dan menerima rasuah.

"Tetapi dalam skandal kewangan terbesar di negara kita yang melibatkan 1MDB dan SRC International, tiada sesiapa pun didakwa," tegas Muhyiddin lagi.

Nampaknya Muhyiddin tidak puas hati dengan penjelasan Peguam Negara. Oleh itu sudah sampai masanya bagi jawatankuasa disiplin Umno mengambil tindakan kepada Muhyiddin dengan menggantung keahlian beliau.

Tak ada makna Umno menyimpan pemimpin nombor dua yang tidak sehati sejiwa dengan pemimpin nombor satu Umno kerana Muhyiddin akan terus mengelirukan ahli Umno. Inilah masa untuk bertindak kerana PRU masih jauh lagi.

Bak kata Dr Mahathir Mohamad, orang Melayu mudah lupa. Bila PRU tiba pada 2018, mereka sudah lupa isu Muhyiddin dan Mukhriz. Oleh itu tunggu apa lagi Umno?

Sama-sama kita Fikir Dengan Penulisan Ini

Rabu, Februari 10, 2016


DR ASYRAF ORANG MAHATHIR DALAM KABINET NAJIB?

Bekas calon Ketua Pemuda Umno 2013, Syed Rosli al Jamalullai kesal dengan sikap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Asyraf Wajdi  Dusuki yang memuji Dr Mahathir Mohamad dalam Facebooknya secara berlebihan.

Dr Asyraf yang kebetulan terserempak dengan Dr Mahathir di majlis perkahwinan anak Ketua Umno Bahagian Cheras, Syed Ali al Habshi telah selfie dengan Dr Mahathir dan memuatkan gambar selfie itu dalam Facebooknya sambil memuji kehebatan Dr Mahathir.

Syed Rosli berpendapat tidak salah Dr Asyraf selfie dengan Dr Mahathir tetapi memuji musuh bossnya, Najib Razak dalam Facebook secara berlebihan menunjukkan seolah-olah beliau tidak menghormati Najib yang melantiknya sebagai ahli majlis tertinggi Umno dan timbalan menteri.

"Dalam situasi semasa siang malam Dr Mahathir mahu menjatuhkan Najib, tergamak pula seorang timbalan menteri Najib melambung Dr Mahathir dalam facebooknya dengan puji pujian yang langsung beliau tidak jaga air muka Najib yang mahu dijatuhkan Dr Mahathir," kata beliau kepada catatanzabidi.

Mungkin anak bekas Setpol Dr Mahathir itu terlalu ghairah menemui Dr Mahathir sehingga beliau terlupa beliau adalah seorang timbalan menteri.

Sehubungan dengan itu Syed Rosli yang juga penolong setiausaha Umno Cawangan  Pusat Bandar Taman Chempaka, Bahagian Pandan meminta Perdana Menteri berhati-hati melantik menteri dan timbalan menteri di masa akan datang.

"Jangan lantik timbalan menteri yang ada kaitan dengan Dr Mahathir kerana ayah Dr Asyraf pernah ,menjadi setpol Dr Mahathir setelah kalah pilihanraya umum di Kelantan," katanya.

Beliau sedih tidak ramai menteri dalam kabinet Najib yang sanggup mempertahankan Najib apabila Najib diserang Dr Mahathir dan pembangkang dalam isu 1MDB dan isu derma RM2.6 billion.

"Yang saya nampak bersungguh-sungguh mempertahankan Najib ialah Dr Ahmad Zahid Hamidi, Dr Salleh Said Keruak dan Rahman Dahlan," katanya.

Syed Rosli berkata gambar selfie Dr Asyraf dengan Dr Mahathir dalam Facebooknya memberi hikmah kepada Najib untuk membuktikan bahawa Dr Asyraf sebenarnya adalah orang Dr Mahathir dalam kabinet Najib.