Thursday, 3 March 2016

Ulasan Kepincangan Najib dan Dr M

Mahathir benar, ini kalilah
Posted on Thursday, March 03 @ 06:29:21 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Pendapat

Saya adalah seorang pengkagum Mahathir Mohamad. Beliau seorang yang berani. Di masa-masa krisis seperti sekarang ini, kita sebenarnya memerlukan lebih ramai orang-orang yang berani.

Walaupun sudah berumur 90 tahun tetapi Mahathir telah menyatakan kesanggupan beliau untuk didakwa dan dipenjara di dalam penentangan beliau terhadap rejim Najib (dan Rosmah). Keberanian Mahathir mengalahkan kita yang muda.
Sebagai seorang ahli politik yang berpengalaman, Mahathir adalah seorang yang pintar, licik dan strategis di dalam menggunakan kedudukan dan kuasanya serta alat-alat negara untuk menundukkan musuh-musuh beliau khususnya ketika beliau menjawat jawatan Perdana Menteri.
Tetapi pada masa yang sama beliau juga seorang pemimpin yang punya wawasan jelas untuk negara-bangsa Malaysia yang dipimpinnya. Sama ada kita setuju atau tidak dengan wawasan dan jalan yang dipilih oleh Mahathir untuk merealisasikannya itu satu perkara yang lain.
Namun begitu rekod ketrampilan Mahathir sebagai seorang pemimpin yang hebat dan dikagumi dunia dirosakkan khususnya di mata ramai orang Melayu dengan tindakan beliau memecat Anwar Ibrahim melalui tuduhan yang sampai sekarang diragui kesahihannya.
Walaupun kerosakan yang dilakukan oleh Mahathir khususnya dalam soal-soal kehakiman, kebebasan media, hak asasi manusia dan demokrasi mendahului tindakannya memecat Anwar Ibrahim, namun di mata ramai orang Melayu kesalahan terbesar beliau adalah kerana memecat dan mengaibkan Anwar Ibrahim dan keluarganya.
Mahathir seorang nasionalis
Apa pun satu hal yang kita perlu akui Mahathir adalah seorang nasionalis. Malahan buat saya tindakan beliau memecat Anwar Ibrahim pada waktu itu salah satu daripada faktornya adalah kerana dorongan sentimen nasionalisme beliau. Konteksnya adalah krisis kewangan 1997/1998 yang telah meranapkan ekonomi banyak negara-negara di Asia Tenggara.
Anwar dilihat lebih cenderung menyebelahi kapitalis global dan internasional yang diwakili oleh IMF, World Bank dan Amerika Syarikat manakala Mahathir cenderung mengambil sikap menyebelahi kapitalis nasional dalam krisis kewangan tersebut.
Mahathir adalah nasionalis yang mendukung sistem kapitalis dan pasar tetapi ia mestilah menguntungkan Malaysia (baca: kapitalis nasional).
Konflik yang bermula dari dua pandangan ekonomi yang berbeda itu akhirnya berlarutan kepada konflik politik dan kuasa yang seterusnya melahirkan Gerakan Reformasi 1998.
Mahathir adalah ikon kebencian Gerakan Reformasi. Kerana itu Mahathir dijuluki sebagai Mahafiraun, simbol makhluk terkutuk.
Kebencian hanya dikongsi Melayu
Tapi kebencian kepada Mahathir pada waktu itu rata-ratanya hanya dikongsi oleh orang Melayu. Orang bukan Melayu terutamanya orang Cina tidak berkongsi rasa yang sama.
Mereka (bukan Melayu) masih melihat bahawa Gerakan Reformasi yang lahir daripada pemecatan Anwar Ibrahim itu sebagai konflik dalaman Melayu. Kebencian terhadap Mahathir juga lebih tertumpu di Semenanjung.
Di Sabah dan Sarawak kebencian terhadap Mahathir tidaklah begitu meluas.
Dengan kata lain kebencian terhadap Mahathir tidak menyeluruh mencakupi majoriti rakyat Malaysia dan tidak sepenuhnya merentasi batas etnik dan tidak melangkaui hingga ke negeri-negeri Borneo.
Kerana itu pada pilihanraya 1999, walaupun Barisan Nasional kalah undi Melayu, tetapi dengan sokongan besar undi bukan Melayu dan undi dari Sabah serta Sarawak, Barisan Nasional yang dipimpin Mahathir masih berjaya mengekalkan dua pertiga kerusi parlimen dan menang di semua negeri kecuali Kelantan.
Campurtangan Mahathir
Kisah seterusnya kita sudah sedia maklum. Mahathir melepaskan jawatan Perdana Menteri yang dipegangnya pada tahun 2003 setelah beliau merasakan yang krisis ekonomi 1997/1998 yang melanda negara sudah pun sebahagian besarnya diselesaikan dan visi negara Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020 kembali semula ke trek asalnya.
Namun seorang Mahathir yang nasionalis tidak mampu berdiam diri walau pun sudah melepaskan jawatan kekuasaan yang formal. Campurtangan Mahathir di era pemerintahan Abdullah Badawi sudah diketahui umum. Motifnya berbagai tapi salah satunya adalah kerana jiwa nasionalis Mahathir itu sendiri.
Dan kini di era pemerintahan Najib Razak, Mahathir sekali lagi campurtangan. Dan sekali lagi juga salah satu daripada motifnya adalah nasionalisme, iaitu keinginan untuk memastikan Malaysia sebagai sebuah negara-bangsa tidak menuju kehancuran khususnya dari sudut perkembangan ekonominya.
Najib dilihat oleh Mahathir sebagai orang yang bertanggungjawab membawa Malaysia menuju kepada kehancuran, baik dari sudut ekonomi mahu pun maruah serta nama baik Malaysia di mata dunia.
Daripada tuduhan skandal korupsi yang melibatkan kes pemindahan wang bernilai 2.6 billion ringgit ke dalam akaun peribadi beliau, kegagalan dan hutang berbillion ringgit yang ditanggung oleh 1MDB sehinggalah kepada misteri pembunuhan model Mongolia, Altantuya Sharibu yang hingga sekarang masih menjadi tandatanya.
Skandal-skandal Najib (dan juga isterinya Rosmah) adalah skandal yang sudah menjadi bicara umum dan telahpun menimbulkan kebencian yang amat sangat di kalangan rakyat terhadap dua sosok ini.
Kebencian kepada Najib menyeluruh
Berbeda dengan kebencian yan ditunjukkan oleh rakyat kepada Mahathir di tahun-tahun Reformasi 1998 yang lebih tertumpu kepada orang Melayu, kebencian (dan juga kemarahan) rakyat terhadap Najib kelihatannya hampir menyeluruh.
Najib (dan Rosmah) nampaknya dibenci oleh semua orang, tidak kira orang Melayu, Cina, India, Sabahan dan juga Sarawakian.
Mungkin yang masih menyukai Najib hanyalah orang UMNO. Itu pun tidak semua. Sebahagian orang UMNO yang terdiri daripada beberapa pemimpin di peringkat cawangan sudah pun menuntut supaya Najib berundur.
Sebuah institut kajian independen, Merdeka Centre baru-baru ini melaporkan bahawa populariti Najib di kalangan orang Melayu sendiri sudah pun jatuh di bawah 50 peratus.
Tahap kepuasan orang Melayu terhadap kepimpinan Najib hanyalah mencapai 31 peratus sahaja menurut kajian tersebut. Maknanya 69 peratus orang Melayu tidak berpuas hati dengan kepimpinan Najib.
Mahathir juga pada tahun-tahun 1998/1999 dibenci oleh ramai orang Melayu tapi beliau masih mendapat dukungan daripada bukan Melayu khususnya pada Pilihanraya 1999. Tetapi situasi kali ini jauh berbeza di mana Najib dibenci majoriti rakyat Malaysia.
Memandangkan kebencian (dan kemarahan) rakyat terhadap Najib hampir merangkumi seluruh rakyat Malaysia dari pelbagai etnik dan juga merentasi negeri dari Perlis hingga ke Sabah, maka seruan Mahathir untuk semua pihak yang menentang kepimpinan Najib (dan Rosmah) bergabung dan bersatu dalam satu gerakan adalah yang paling munasabah, wajar dan strategis.
Cadangan Mahathir untuk membangunkan sebuah barisan bersatu rakyat Malaysia yang menggabungkan parti-parti pembangkang, NGO-NGO, kelompok-kelompok masyarakat dan juga orang-orang persendirian yang berpengaruh untuk menjatuhkan Najib (dan Rosmah) adalah suatu cadangan yang wajib disokong oleh mereka yang mahukan perubahan.
Mahathir benar! Ini kali-lah!
Peluang yang sangat besar
Krisis yang melanda Malaysia ini sebenarnya membawa satu peluang yang sangat besar. Di dalam sejarah mana-mana bangsa, peluang yang sebegini tidak selalunya wujud. Kondisi yang terjadi sekarang ini sangat jarang sekali tiba.
Malahan dalam sejarah Malaysia moden, peluang seperti ini tidak pernah datang. Inilah kali pertama kondisi yang melahirkan peluang ini hadir dan menunggu masa untuk digunakan.
Kondisi di mana terdapatnya dua sosok iaitu Najib dan isterinya Rosmah yang telah pun menjadi ikon paling dibenci oleh hampir semua rakyat Malaysia.
Mahathir sendiri tidak mencapai tahap sebegini. Dan Siti Hasmah- isteri Mahathir pula dengan segala sifat kerendahan hati dan keibuannya gagal menjadi ikon kebencian rakyat di era-era Reformasi 1998.
Memilih untuk menunggu dua tahun lagi bagi menjatuhkan Najib pada Pilihanraya yang ke-14 adalah pilihan yang terlambat. Dalam tempoh dua tahun berbagai perkara boleh terjadi.
Melihat kepada cara Najib (dan Rosmah) memimpin Malaysia sekarang ini, tidak mustahil untuk dikatakan bahawa sebelum dua tahun itu tiba, Malaysia sudah pun menjadi negara gagal.
Sebelum dua tahun ini, ekonomi Malaysia berkemungkinan besar akan jatuh merudum, nilai tukaran matawangnya menjadi semakin rendah, pengangguran meningkat tinggi, kemiskinan bertambah dan jenayah semakin berleluasa.
Dalam tempoh dua tahun yang panjang itu juga, dengan sumber kewangan yang dipunyainya kemungkinan besar UMNO akan berjaya untuk menyusun dan mengukuhkan dirinya kembali.
Siapa ganti Najib?
Justeru itu, masa untuk bergabung di bawah satu barisan adalah sekarang. Ini kalilah!
Tapi pertanyaan yang mungkin bermain di fikiran setiap orang ialah apa selepas Najib? Siapa yang akan mengganti Najib?
Ini adalah pertanyaan yang wajar. Dengan kekuatan barisan bersatu yang merangkumi berbagai elemen dalam masyarakat, tuntutan pertama yang perlu direalisasikan selepas Najib (dan Rosmah) dijatuhkan ialah pembubaran Parlimen dan Pilihanraya Umum yang ke-14 diadakan untuk memilih kepimpinan Malaysia baru.
Tetapi sebelum Pilihanraya Umum yang ke-14 ini diadakan, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPRM) perlulah direformasikan secara total dengan memastikan bahawa PRU-14 itu nanti dijalankan dengan bebas, bersih dan adil.
Dengan pilihanraya yang bebas, bersih dan adil, kepimpinan baru yang terpilih itu nanti wajib dituntut untuk memansuhkan segala undang-undang yang tidak demokratik dan melanggar hak asasi manusia.
Ini adalah tiga tuntutan jangka pendek yang wajar dan munasabah untuk dilaksanakan selepas Najib (dan Rosmah) dijatuhkan. Dan tiada kompromi terhadap tiga tuntutan yang paling mendasar ini.
Sekarang peluang sudah di depan mata. Memberi berbagai alasan adalah cara untuk menyembunyikan kebaculan kita.
Mengajukan bermacam halangan hanya akan melambatkan perubahan untuk Malaysia yang kita cinta. Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air. Berkayuhkah kita atau membiar lama sehingga perahu hanyut di bawa arus dan dayung reput dimamah masa.

Sunday, 14 February 2016

Agaknya Sapa Minda Tertutup

Rabu, Januari 27, 2016

BILA MINDA SUDAH TERTUTUP

Semalam berita paling hangat ialah sidang akhbar Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan bahawa PM, Datuk Seri Najib Razak tidak melakukan sebarang jenayah dalam isu derma RM2.6 billion dan isu  pinjaman SRC International anak syarikat 1MDB dengan KWAP.

Maka kes yang menjadi isu paling hangat pada tahun lepas ditutup. Beliau berpuas hati dengan hasil siasatan SPRM yang menunjukkan bahawa derma RM2.6 billion itu bukannya ada unsur suapan dari keluarga diraja Arab Saudi.

Selama ini PM berdiam diri kerana ia masih dalam siasatan tetapi bila PM disahkan bersih oleh Peguam Negara maka ramai yang tidak puas hati. bekas menteri, Zaid Ibrahim menggesa SPRM menutup kedai keranabeliau  tidak boleh menerima penjelasan Peguam Negara.

Ini yang susahnya bila minda sudah tertutup. Walaupun tidak ada bukti untuk mendakwa PM ke mahkamah, tetapi mereka menuduh Peguam Negara berat sebelah. Bukannya senang mendakwa kes rasuah di mahkamah. Lihat sudah banyak SPRM kalahdi mahkamah  seperti kes Kasitah Gadam, Ramli Yusof kerana tidak cukup bukti. Justru itu beradasrkan keterangan saksi maka Peguam Negara menutup kes ini. Takkan Zaid Ibrahim sebagai seorang peguam yang terkenal tidak faham prosedur ini.

Yang lebih mengejutkan apabila pada tahun 2013 Najib sudah pulangkan derma itu sebanyak RM2,03 billion kepada penderma kerana tidak ada keperluan lagi untuk menggunakan wang derma tersebut. Ini menunjukkan PM berhati mulia terima derma dari Arab Saudi tetapi pulangkannya apabila tidak memerlukan lagi derma itu.

Peguam Negara menjelaskan bukan RM2.6 billion yang diterima Najib tetapi RM2.08 billion tetapi Najib sudah pulangkan sebanyak RM2.03 billion. Ini bermakna PM menggunakan sebanyak RM50 juta wang derma insan budiman tersebut.

Semua parti komponen BN menerima derma tersebut dan semua ketua bahagian menerimanya tetapi tidak disahkan oleh mereka seperti kata Zaharin Mohd Yasin, seorang aktivis Umno kerana wang itu disapu oleh ketua bahagian dan tidak sampai ke bahagian. Hanya Zaharin seorang yang mengaku menerima wang tersebut sebagai Setiausaha Kerja BN Bandar Tun Razak yang pernah menunjukkan cek Ambank ditandatangani Najib kepada saya.

TPM, Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta rakyat Malaysia tidak mengungkit lagi isu tersebut kerana sepanjang tahun lepas isu itu banyak menghabiskan masa. Tetapi pembangkang tidak puas hati. mereka berkata jika Gani Patail masih Peguam Negara, mungkin kenyataan Peguam Negara berlainan.

Biarlah mereka nak kata apa, yang penting Najib kena kerja keras untuk rakyat Malaysia untuk pastikan BN menang dalam PRU akan datang. Minda mereka sudah tertutup. Mereka tidak akan bersikap terbuka kerana bila keputusan mahkmah menyebelahi mereka, baru mereka kata mahkamah adil tetapi apabila keputusan mahkamah tidak menyebelahi mereka, mereka kata hakim sudah dibeli. Oleh itu pedulikanlah pandangan mereka.




Sang Kelembai Yang Berprinsip

Selasa, Februari 02, 2016

KENAPA ZAHARIN BUAT KEJUTAN

Zaharin Mohd Yasin bukanlah ahli parlimen dan bukannya ketua Umno Bahagian. Beliau adalah bekas Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak dan bekas Setiausaha Kerja BN Bandar Tun Razak.Tetapi semua orang politik mengenalinya. Jika aktivis Umno tidak kenal siapa itu Zaharin maknanya orang itu belum khatam lagi dalam politik Umno.

Saya mengenali Zaharin sejak 29 tahun lalu ketika bekerja sebagai wartawan akhbar Watan. Ketika sedang minum di kantin parlimen saya yang tidak kenalinya ditegur beliau sambil berkata, "Zabidi, ini Datuk Ishak Ketua Pengarah Jabatan Langskap Malaysia".

Saya hairan siapa lelaki gemuk ini yang kenali ramai pegawai kerajaan di kantin parlimen. Sejak itu kami berkawan dan untuk dapatkan info yang baik mengenai Umno maka Zaharinlah sumbernya.

Beliau bukan sahaja kenali hampir semua pegawai kerajaan malah kenali semua ahli parlimen yang ada di kantin itu tidak kira ahli parlimen BN atau pembangkang. Maka apabila semalam sempena cuti Hari Wilayah, beliau menarik balik sokongan kepada PM, Najib Razak sudah tentu ada yang tidak kena.

Zaharin berkawan dengan Najib sejak beliau menang dalam PRK Pekan pada tahun 1976 lagi. Sama sama dalam pemuda Umno Malaysia. Najib adalah Exco pemuda manakala Zaharin adalah ahli jawatankuasa biro antarabangsa pemuda Umno.

Facebook Zaharin mencatat sejarah kerana mempunyai 23,000 pengikut. Bila beliau keluarkan posting, biasanya 3,000 pengikutnya akan "like" posting tersebut. Betapa berpengaruhnya beliau.

Dalam perjuangan beliau konsisten. Sejak Anwar Ibrahim menyertai Umno pada 29  Mac 1982 sehinggalah dipecat dari Umno pada 2 September 1998, Zaharin balun Anwar kerana beliau tahu Anwar bukannya pemimpin yang baik. Semua orang tahu beliau di belakang tabir penerbitan buku Khalid Jefri berjudul 50 Dalil Kenapa Anwar Tak Boleh jadi PM yang mana buku itu yang menjatuhkan Anwar sebagai TPM.

Namun demikian Zaharin kagum dengan sikap Anwar yang berjiwa besar. Walaupun Zaharin yang menaja buku yang menjatuhkan Anwar, tetapi Anwar tetap menegur Zaharin bila terserempak di parlimen.

Di zaman Pak Lah menjadi PM, Zaharin secara konsisten menghentam pentadbiran Pak Lah dalam blognya Sang Kelembai sehinggalah Pak Lah terpelanting dari jawatan PM. Di zaman Dr Mahathir, Zaharin dipecat dari Umno kerana menulis surat kepada semua ahli majlis tertinggi mengadu tentang anak Dr Mahathir iaitu Marina.

Beliau dua kali dipecat dari Umno tetapi beliau tetap bersama Umno dan beliau tidak menyertai parti lain. Di zaman Najib beliau hentam Muhyiddin Yasin dan akhirnya Muhyiddin gugur sebagai TPM. Jadi apabila Najib dihentam beliau, ini bermakna jangka hayat Najib sebagai PM tidak akan bertahan lama.

Apa puncanya yang menimbulkan kemarahan Zaharin kepada Najib? Beliau masih membisu dan sudah tentu ada insiden yang buatkan beliau kecil hati kerana dianggap sebagai sampah.

Apabila meletus isu derma RM2.6 billion Zaharin yang mengakui menerima cek dari Najib untuk pejabat BN Bandar Tun Razak sedangkan semua ketua bahagian yang menerima sumbangan dari Najib membisu seribu bahasa dan tidak berani mengesahkannya kerana sumbangan itu masuk ke dalam poket sendiri dan tidak masuk ke dalam akaun Umno bahagian.

Zaharin rapat dengan Najib sejak 40 tahun lalu. Maka tidak hairanlah Najib selaku PM boleh melawat cawangan Umno Flat Sri Labuan yang diketuai Zaharin. Banyak masalah infrastuktur di flat tersebut diselesaikan Najib sedangkan itu bukan tugas PM. Sepatutnya Datuk Bandar sahaja menyelesaikan masalah kecil seperti itu. Ini bermakna Najib menghormati Zaharin sebagai pemimpin di peringkat cawangan.

Ketika Zaharin bertugas sebagai Setiausaha Kerja BN, beliau komited di pejabatnya menolong rekomen ahli-ahli Umno Bahagian Tun Razak untuk dapatkan flat Dewan Bandaraya. Sokongan beliau laku kerana jika Datuk Bandar tidak luluskannya maka Zaharin selaku pejuang golongan marhain akan bising.

Jika Zaharin terus menghentam Najib maka lebih banyak rahsia Najib akan didedahkannya. Maka lebih baik damaikan segera mereka berdua kerana ia lebih banyak memberi peluru kepada pembangkang untuk menghentam BN dalam PRU akan datang.

Anwar, Pak Lah, Muhyiddin jatuh gara gara Zaharin menulis dalam blog dan Facebook. Maka kita tidak mahu lihat Najib mengalami nasib yang sama seperti mereka. Maka veteran Umno yang ada aturlah pertemuan segera di antara Zaharin dengan Najib demi kemenangan BN pada PRU akan datang.





Status Keintelektualan ?

Sabtu, Februari 06, 2016

LETAK JAWATANLAH AEIZA

Ketua Puteri Umno Bahagian Bayan Baru, Aeiza Hassan sepatutnya meletakkan jawatan sebagai ketua puteri bahagian dan Exco Puteri Umno Malaysia kerana mempertikai pemecatan Mukhriz Mahathir sebagaio MB Kedah.

Beliau menulis surat kepada seorang Dato yang disebarkan dalam whatshap yang diterima oleh majoriti rakyat Malaysia. Beliau yang kecewa dengan cara Mukhriz diturunkan menulis telah ditanam hasrat sejak dari awal lagi jika Mukhriz turun dari jawatan MB Kedah, Umno bukan lagi pilihan kami.

Kalau exco puteri Umno Malaysia boleh menulis macam ini, apatah lagi rakyat biasa yang tak faham hujung pangkal kes Mukhriz disingkirkan sebagai MB. Exco puteri boleh berkata Umno bukan pilihan kami lagi maknanya dia akan mengundi pembangkang pada PRU akan datang. Sebab itu saya sudah banyak kali menulis dalam blog ini bahawa jika BN kalah bukannya kerana pembangkang kuat tetapi kerana orang macam Aieza yang tidak akan memilih BN lagi.

Oleh itu ketua puteri Umno Malaysia, Mas Ermieyati wajar memecat beliau dari jawatan Exco puteri Umno Malaysia. Walaupun penolong setiausaha puteri Umno Malaysia, Fahariyah Md Nordin menafikan whatsapp tersebut dengan mengatakan ia adalah fitnah. Sepatutnya Aeiza yang buat laporan polis bagaimana whatsapp yang menggunakan nama beliau boleh tersebar jika benar bukan beliau yang menulisnya.

Oleh itu saya mengalu-alukan kenyataan Fahariyah yang mahu buat laporang polis. Biar polis siasat sama ada Aeiza berbohong atau tidak.

Apa kah Manusia Perlu Serik untuk bercakap Benar

Isnin, Februari 08, 2016

MUHYIDDIN TAK SERIK



Selepas Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin Yassin berucap di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru pada perhimpunan agung Umno, nampaknya bekas TPM itu tidak serik mengkritik Najib Razak dalam posting terbaharu Facebooknya.

Beliau menulis  walaupun jelas tergambar perasaan duka dan kecewa di wajah mereka yang ditemuinya - sama ada yang dikenalinya dan tidak dikenalinya - jauh di sudut hati mereka masih menaruh harapan.

"Harapan agar Malaysia dapat diselamatkan. Supaya Malaysia kembali pulih dan tidak menjadi sebuah negara yang gagal," tegas bekas timbalan perdana menteri itu.

Katanya, ini permulaan kepada satu perjuangan untuk memulihkan Malaysia dan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara lebih baik "kerana kita semua berhak untuk menikmati setiap kebaikan yang dianugerahkan oleh Tuhan kepada negara kita".

Menulis di Facebook dua hari lepas, Muhyiddin menegaskan bahawa mereka tidak akan ada kekuatan jika bersendirian.

"Tetapi jika kita semua bersatu hati, membuka minda dan nurani untuk melihat kebenaran, melawan kemungkaran dan bertindak untuk menjadikan masyarakat dan negara kita lebih baik daripada hari ini, maka nescaya kita akan berjaya jua akhirnya.

"Bagi saya, dalam hidup kita mesti ada prinsip. Prinsip yang paling utama ialah berpihak kepada kebenaran. Jangan sekali-kali kita berpihak kepada kebatilan. Sebagai seorang Muslim, ini adalah tuntutan agama.

"Justeru, saya tidak akan berpaling daripada perjuangan menegakkan kebenaran. Saya yakin, seluruh rakyat Malaysia berpendirian yang sama dan saya akan terus bersama-sama anda dalam perjuangan ini!

"Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa ke hadrat Allah s.w.t. mudah-mudahan kita semua sentiasa diberikan kekuatan oleh-Nya. Amin Ya Rabbal Alamin!" katanya.

Kenyataan Muhyiddin itu dibuat hampir seminggu selepas Peguam Negara  Mohamed Apandi Ali membersihkan Perdana Menteri  Najib Abdul Razak dari sebarang salah laku, berdasarkan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), berhubung RM42 bilion dari SRC International dan derma RM2.6 bilion.

Menulis lanjut, Muhyiddin berkata masalah besar yang sedang melanda negara ialah ketiadaan roh perjuangan untuk berpegang kepada prinsip-prinsip murni dalam kehidupan.

"Kerana itu berlaku masalah pecah amanah, tiada tanggungjawab terhadap rakyat dan mungkin tiada perasaan takut kepada balasan Allah s.w.t.

"Kemelut yang berlaku nampaknya seperti tiada kesudahan. Misteri kehilangan wang dan harta negara tidak akan terungkai, walaupun bagi yang mengetahui ia seperti rompakan di siang hari.

"Pelbagai cerita akan terus direka untuk mengaburi mata rakyat demi melindungi salah laku individu tertentu," katanya sambil menegaskan bahawa keadilan yang ditagih tidak akan tertegak dengan mudah.

"Kita tahu bahawa sebelum ini terdapat penjawat awam, ahli perniagaan dan ahli politik yang disiasat, didakwa dan akhirnya dihukum kerana menyalahgunakan dana awam dan menerima rasuah.

"Tetapi dalam skandal kewangan terbesar di negara kita yang melibatkan 1MDB dan SRC International, tiada sesiapa pun didakwa," tegas Muhyiddin lagi.

Nampaknya Muhyiddin tidak puas hati dengan penjelasan Peguam Negara. Oleh itu sudah sampai masanya bagi jawatankuasa disiplin Umno mengambil tindakan kepada Muhyiddin dengan menggantung keahlian beliau.

Tak ada makna Umno menyimpan pemimpin nombor dua yang tidak sehati sejiwa dengan pemimpin nombor satu Umno kerana Muhyiddin akan terus mengelirukan ahli Umno. Inilah masa untuk bertindak kerana PRU masih jauh lagi.

Bak kata Dr Mahathir Mohamad, orang Melayu mudah lupa. Bila PRU tiba pada 2018, mereka sudah lupa isu Muhyiddin dan Mukhriz. Oleh itu tunggu apa lagi Umno?

Sama-sama kita Fikir Dengan Penulisan Ini

Rabu, Februari 10, 2016


DR ASYRAF ORANG MAHATHIR DALAM KABINET NAJIB?

Bekas calon Ketua Pemuda Umno 2013, Syed Rosli al Jamalullai kesal dengan sikap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Asyraf Wajdi  Dusuki yang memuji Dr Mahathir Mohamad dalam Facebooknya secara berlebihan.

Dr Asyraf yang kebetulan terserempak dengan Dr Mahathir di majlis perkahwinan anak Ketua Umno Bahagian Cheras, Syed Ali al Habshi telah selfie dengan Dr Mahathir dan memuatkan gambar selfie itu dalam Facebooknya sambil memuji kehebatan Dr Mahathir.

Syed Rosli berpendapat tidak salah Dr Asyraf selfie dengan Dr Mahathir tetapi memuji musuh bossnya, Najib Razak dalam Facebook secara berlebihan menunjukkan seolah-olah beliau tidak menghormati Najib yang melantiknya sebagai ahli majlis tertinggi Umno dan timbalan menteri.

"Dalam situasi semasa siang malam Dr Mahathir mahu menjatuhkan Najib, tergamak pula seorang timbalan menteri Najib melambung Dr Mahathir dalam facebooknya dengan puji pujian yang langsung beliau tidak jaga air muka Najib yang mahu dijatuhkan Dr Mahathir," kata beliau kepada catatanzabidi.

Mungkin anak bekas Setpol Dr Mahathir itu terlalu ghairah menemui Dr Mahathir sehingga beliau terlupa beliau adalah seorang timbalan menteri.

Sehubungan dengan itu Syed Rosli yang juga penolong setiausaha Umno Cawangan  Pusat Bandar Taman Chempaka, Bahagian Pandan meminta Perdana Menteri berhati-hati melantik menteri dan timbalan menteri di masa akan datang.

"Jangan lantik timbalan menteri yang ada kaitan dengan Dr Mahathir kerana ayah Dr Asyraf pernah ,menjadi setpol Dr Mahathir setelah kalah pilihanraya umum di Kelantan," katanya.

Beliau sedih tidak ramai menteri dalam kabinet Najib yang sanggup mempertahankan Najib apabila Najib diserang Dr Mahathir dan pembangkang dalam isu 1MDB dan isu derma RM2.6 billion.

"Yang saya nampak bersungguh-sungguh mempertahankan Najib ialah Dr Ahmad Zahid Hamidi, Dr Salleh Said Keruak dan Rahman Dahlan," katanya.

Syed Rosli berkata gambar selfie Dr Asyraf dengan Dr Mahathir dalam Facebooknya memberi hikmah kepada Najib untuk membuktikan bahawa Dr Asyraf sebenarnya adalah orang Dr Mahathir dalam kabinet Najib.

Tuesday, 26 January 2016

Tarikh Keramat 26 Januari 2016

Lahir nya Perdana Menteri Malaysia yang Zuhud,  Sumbangan yang bukan kecil nilai nya RM2.08 B dari Individu yang ikhlas di kembalikan kerana tiada keperluan untuk di gunakan. Itu maklumat

Thursday, 14 January 2016

Sama-sama Kita Nilai Tengok

Rakyat perlukan rumah, bukan menteri lemah
Posted on Wednesday, January 13 @ 14:23:00 MYT by paktam
Oleh ZainalFaqar Yaacob
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) pada 5 Oktober 2006 pernah meluluskan 163 unit rumah mewah di D'Residence Bayan Mutiara dekat Bayan Baru berharga antara RM800,000 hingga RM3.5 juta, kerana Barisan Nasional yang menguasai kerajaan negeri semasa itu.
Apabila kerajaan Pulau Pinang berpindah tangan pada 2008, pemaju-pemaju swasta sendiri diarahkan membina rumah mengikut harga siling yang ditetapkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.



Tanah yang diambil untuk tujuan perumahan awam mesti dimajukan dengan rumah mampu milik sahaja, walaupun membabitkan pemaju swasta.
Harga siling rumah kos rendah RM42,500 dan rumah kos sederhana rendah (RM72,500) serta 3 kategori rumah mampu milik (RM200,000, RM300,000 dan RM400,000).Sekarang tiada lagi pemajuan rumah mewah sebagaimana dilakukan oleh PDC pada 2006.
Selain ada kuasa memastikan harga rumah mampu milik di bawah harga siling yang ditetapkan, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ada kuasa untuk meluluskan permohonan pelan kebenaran merancang atau tidak.
Kuasa yang ada ini membolehkan rumah-rumah Melayu di Kampung Mutiara dekat Batu Feringghi sehingga sekarang tidak dapat dirobohkan oleh tuan tanah persendirian.
Kerajaan Negeri menegaskan pendirian bahawa jika rumah-rumah Melayu dirobohkan tanpa pemberian pampasan yang munasabah, sebarang projek pembangunan yang dimohon oleh tuan tanah atau pemaju tidak akan diluluskan di atas tanah itu.
Sebenarnya, Kerajaan Negeri melalui PBT di Kuala Lumpur juga umpamanya ada kuasa seperti di Pulau Pinang.
Disebabkan PBT di sana tidak menggunakan kuasa seperti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, begitu banyak kampung baru dan rakyatnya di Kuala Lumpur akhirnya hilang ditelan arus pembangunan.
Ini, kuasa sebuah Kerajaan Negeri. Kalau kuasa sebuah Kerajaan Negeri sebesar ini, bagaimana Datuk Abdul Rahman Dahlan boleh berdalih yang Kerajaan Persekutuan tiada kuasa menghalang pemaju daripada membina rumah mahal berbanding mampu milik.
Tidak mungkin beliau tunduk atau bersekongkol dengan mana-mana pemaju rumah mahal kerana tugasnya adalah membela kepentingan rakyat terbanyak.
Sama ada menteri itu lemah atau jahil mengenai kuasa yang ada pada sebuah Kerajaan Persekutuan, biarlah Abdul Rahman sendiri mencatur cara kerja politiknya yang aneh itu.
* ZainalFaqar Yaacob ialah Timbalan Pengerusi II PasMa Pulau Pinang di Kuala Lumpur.

YB Dato Hj Mahfuz

 Inilah "Malaysia Boleh" yang mempunyai jumlah anggota kabinet melebihi negara maju yang mempunyai penduduk yang jumlahnya jauh lebih besar daripada Malaysia. Tetapi negara Malaysia hanya memiliki KABINET DAPUR yang dipenuhi dengan lipas dan tikus yang menggigit sabun cap kapak.
MALAYSIA BOLEH,MALAYSIA HABIS.


DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
13 Januari 2016/3 Rabiulakhir 1437H

Tuesday, 5 January 2016

Lagi Pasai 1MDB dari A Kadir Jasin

MONDAY, JANUARY 04, 2016

1MDB Jual Harta Kepada China Lagi


A Kadir Jasin

BELI tanah Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sungai Besi dengan harga murah, tubuh syarikat pemaju dan jual 60 peratus saham kepada konsortium China-Malaysia.
 
[PERINGATAN: Komen guna “Anonymous” tidak akan disiarkan. Sila guna Google Account atau Name/URL. Boleh pakai nama samaran.]

Satu lagi contoh perniagaan atas angin 1MDB ala pelaburan strategik ciptaan Perdana Menteri,(Datuk Seri Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sanrobone) Mohd Najib bin Abdul Razak.

Betul lah macam kata (Tan Sri) Rafidah Aziz, 1MDB tak bawa apa-apa keuntungan kepada negara. Tak payah tunggu Rafidah buat kesimpulan. Rakyat jelata pun dah faham. Bukan tak untung malah rugi besar. Bukan rugi duit saja, tapi hilang maruah dan kedaulatan.

Itulah “hadiah” tahun baru 2016 Mohd Najib dan budak cerdiknya, Arul “Azrul” Kanda Kandasamy kepada kita – jual 60 peratus saham projek Bandar Malaysia atas tapak pangkalan TUDM itu dengan harga RM7.41 bilion kepada konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC).

Syarikat Negeri China pemilik utama Bandar Malaysia
IWH adalah milik Cina Malaysia, (Tan Sri) Lim Kang Hoo yang dikatakan tauke pilihan di Johor manakala CREC adalah milik kerajaan China.
 
Mari kita jadi pahat yang berbunyi selepas rumah siap pasal rumah yang kononnya siap itu compang-camping macam reban ayam sementara. Rasanya dangau di tengah sawah lagi kukuh.

Lim Kang Hoo termasyhur di Johor
Kononnya masalah hutang dan skandal 1MDB dah selesai. Tapi dok tak dok, hutang yang kita sebut-sebut RM42 bilion dah naik jadi RM45 bilion. Harta dekat-dekat habis dijual kepada orang asing.
 
Kita pun kena juga tanya syarikat dari China itu, kepakarannya kereta api. Adakah ia juga berkepakaran dalam bidang hartanah. Takut-takut ada muslihat lain di sebalik penjualan kepada syarikat dari China itu. Yang kita tahu projek landasan berkembar dari Gemas ke Johor Baru belum lagi dibagi kepada sesiapa. 

Silap-silap banyak lagi aset negara akan dijual atau dipajakkan kepada orang asing untuk tutup lubang 1MDB dan kekalkan Mohd Najib sebagai Perdana Menteri.

Apa Yang Strategiknya?

Macamlah pelaburan hartanah strategik dan susah sangat sampai pelabur tempatan tak mampu nak buat. Apa halnya dengan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan amanah Bumiputera macam Sime UEP, SP Setia, Boustead dan banyak lagi yang dah berpuluh tahun jadi pemaju hartanah?

Pasal apa tak jual kepada mereka? Pasal apa tak suruh mereka pakat-pakat buat konsortium?

Cuba tanya, siapa yang majukan KLCC, KL Sentral, Subang Jaya-USJ dan banyak lagi projek hartanah bersepadu kalau bukan syarikat-syarikat tempatan milik kerajaan dan agensi pelaburan Bumiputera?

Kalau nak juga pelaburan negeri China, ajaklah mereka buat projek yang betul-betuk strategik macam bina kapal terbang, kereta api laju atau kapal kontena yang macam mereka buat di negeri China?

Kalau tak mahu bagi kepada Melayu sebab takut dituduh kroni atau malu nak minta “derma”, pakatlah dengan syarikat Cina tempatan yang ternama dan terbukti macam Eco World, Pavilion Reit, Mah Sing dan banyak lagi.

Ini Cerita Anak Jahat

Cara 1MDB berniaga ini cerita anak jahat yang curi-curi beli tanah bapa sendiri dengan harga murah dan sembunyi daripada adik-beradik.

Bila nak pinjam duit bank, bank minta bapa bagi jaminan. Bapa pun bagi sebab anak janji nak hantar pergi Makkah buat umrah.

Tumbuk rusuk sana, bagi rasuah sini, tanah pun ditukar kegunaan dan dinilai semula dengan harga yang tinggi.

Tapi tembelang pecah. Adik-beradik dapat tahu dan mengamuk. Nak jual kepada Melayu, Melayu tak ada duit. Yang ada duit takut diseret ke dalam pergaduhan keluarga macam yang jadi kepada Tabung Haji bila beli tanah TRX. TRX adalah satu lagi perniagaan atas angin 1MBD.

Pergi jumpa Ah Eng tauke emas, Ah Eng tak mahu sebab harta dah jadi beracun (toxic). Jadi kenalah cari Cina tempat lain yang berani. Cina tempat lain tu pula pakat dengan Cina dari Negeri China.

Jadi tanah yang dulu milik keluarga sekarang 60 peratus dah jadi hak orang lain. Adik-beradik terlepas juga sebab duit yang dapat nak kena guna bayar hutang.

Gadai dan jual aset modus operandi Arul "Azrul" Kanda
Silap-silap nak beli rumah yang Cina akan majukan itu pun tak mampu. Tak tahulah apa akan jadi dengan janji nak hantar ayah ke Makkah. Bolehkah hantar orang pergi Makkah dengan duit hutang? Dalam Islam, orang yang berhutang itu tarafnya hamba.

Jangan salahkan Cina, tak kira Cina tempatan atau Cina negeri China, Singapura, Indonesia atau Taiwan. Mereka peniaga. Kerja mereka cari dan ambil kesempatan. Kalau Melayu bodoh, tamak haloba dan rasuah, jangan marah Cina kalau habis harta tergadai.

Kerja Haram Zadah

Meminjam dan mengubah suai dua ungkapan yang Mohd Najib sendiri guna, yang “haram zadah” adalah Melayu jenis bangsat yang sanggup gadai maruah bangsa dan agama kerana mabuk kuasa, gila harta dan suka berfoya-foya.

Sebelum ini 1MDB beli penjana elektrik bebas (IPP) milik Melayu, Cina dan India tempatan dengan harga tinggi kemudian jual lebih murah kepada pelabur Cina negeri China. Melayu, Cina dan India tempatan untung sebab dapat untung besar bila 1MDB beli mahal. Syarikat negeri China pula untung sebab 1MDB jual murah.

Tak hairanlah kalau kita tercium sesuatu yang mencurigakan dalam urusan jual-beli terbaru ini. Seolah-olah ada udang sebalik baru.

Kemudian upah pemakan-pemakan dedak menyalak kononnya masalah 1MDB dah selesai, dosa dah tertebus, janji dah tertunai dan segala-galanya beres.

Tapi hanya orang yang tak tahu apa-apa saja akan percaya cerita karut-marut mereka. Yang tulis itu pun rasanya tak faham sebab mereka pun bergantung kepada penulis hantu.

Wallahuaklam.

PAS dan Masa Depan

Kuasa veto Hadi bakal musnahkan PAS?

Written By Wadah Baru on Sabtu, 19 Disember 2015 | 11:22 PG

Oleh : Ahmad Sayuti Bashiron
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menulis pada Khamis 10/12/2015 minggu lepas, pada perenggan ke-6,

"PAS adalah rakan Tahaluf Siyasi PKR dan komited dengan kerjasama ini sebagaimana yang dicapai dalam Muktamar dan diluluskan oleh Majlis Syura Ulama PAS Pusat"

Tulisan TGHA tersebut tertera sebaik PM Najib Razak memberikan ucapan mengajak PAS & UMNO bersama berjuang "melewati ideologi" (atau fikrah) politik, demi untuk Islam dan Melayu. Seblum itu, TG melalui setpolnya mengarahkan tiada sesiapa pun dibenarkan memberikan response balas pada ucapan pelawaan Najib tersebut, melainkan daripada TG sahaja.

Tuan Guru yg dihormati,

Saya tidak berminat utk berikan response pada tulisan TG tersebut, terpulanglah pada apa pun ijtihad politik TG untuk bersama, berpeluk, perpentas, bermultaqa dan berpaduan bersama UMNO, Najib atau Rosmah, etc. TG sbg Presiden PAS lakukanlah apa sahaja yg dimahukan oleh Najib jika ianya menyakinkan TG, kerana saya kini, ijtihad siyasi saya ternyata telah berbeza dengan pendirian TG masa ini. Kita berlapang di situ.

Namun Tuan Guru,

Saya terpaksa coretkan rasa amat sedih, terkilan, terkejut, pada perenggan akhir tulisan TG tersebut yg benar-benar cuba memberikan persepsi sangat salah, mis-leading, atau lebih tepat "berbohong" dalam penulisan tersebut. Saya mohon maaf atas luahan saya ini TG.

Tindakan TG cukup berani melakar di ruang maya, menjadi tatapan satu negara, satu dunia, bahawa tindakan PAS putuskan hubungan dgn DAP itu adalah kononnya "keputusan syura tertinggi PAS", ie Muktamar 2015 pada 4-6 Jun 2015 lalu. Walhal TG sendiri tahu apa kebenarannya..!

Izinkan saya merujuk semula tulisan saya beberapa hari selepas Muktamar lepas, sbg kronologi kejadian;

[1] Sejak 2008 hinggalah 4/6/2015 (ie. hari pertama muktamar), ratusan kali TG nyatakan bahawa tahaaluf siyasi yg PAS lakukan bersama PKR/DAP itu cukup untungkan Islam, memberikan manfaat pada dakwah, suatu yg tidak pernah PAS kecapi sejak dahulu. TG berkata, PAS dan PKR/DAP diikat atas begitu banyak persamaan yg mahu dicapai dlm sistem demokrasi berpelembagaan di M'sia.

Bahkan TG menulis, yg membezakan approaches (mutaghayyirat) perjuangan PAS dan DAP hanyalah 5% sahaja, sedangkan 95% lagi adalah persamaan dlm perjuangan. Atas dasar itulah ketiga parti bekerjasama, walau Islam tidak diletakkan sbg matlamat ketiganya.

Itulah kenyataan TG sendiri sejak sekian lama. Bukan kenyataan ahli2 atau pimpinan bawahan. Itulah ijitihad PAS selama ini, pasca PRU12, 2008.

TG pasti ingat, setiap kali saya bertemu TG sama ada dalam permusafiran, jaulah, daurah, atau program dalaman, saya pasti  memanfaatkan masa itu utk bertanyakan sebanyak mungkin kemusykilan dan ilmu2 politik Islam dari TG secara semuka. Dan TG tak lekang bibir menerangkan pelbagai teory perjuangan dan permasalahan dunia Islam yg menguatkan keyakinan dan menjelaskan jalan dakwah buat saya.

Saya cukup bersyukur mendapat semua butiran mutiara itu.

Bahkan ilmu itu jugalah yg saya perturunkan pada setiap anak-anak usrah dan mad'u dalam siri tarbiyyah untuk fahamkan mereka apa sebenarnya yg diperjuangan oleh PAS dlm politik dakwah acuan demokrasi tersebut.

TG sendiri pasti ingat, apabila saya mengadu pada TG bahawa saya kerap "diserang teruk" hanya kerana mempertahankan pendirian2 dan keputusan tahaaluf siyasi yg TG dan PAS lakukan, khasnya dari puak2 yg menuduh TG sbg sesat, lari dari landasan Islam, boneka DAP, khasnya dari Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Hasan Ali, Ustaz Nasha, Perkasa, dan puluhan lain sekutu mereka.

Pesanan TG pada saya dlm satu jaulah musim sejuk, bersabarlah! Allah bakal ganjari amal yg enta lakukan, bahkan meminta saya terus melaksanakan peranan itu dgn tegas.

Tuan Guru yg dihormati,

[2] Kali terakhir sejak 7 tahun lepas, TG mengulangi kenyataan itu pada hari pertama Muktamar di Kuala Selangor, di mana TG meminta semua perwakilan, ahli, pimpinan, dan rakyat utk sama bangkit mempertahankan tahaaluf PAS dan PKR/DAP, atas puluhan manfaat yg menguntungkan Islam. Itulah Ucaputama Muktamar yg TG sendiri bacakan pagi itu. Laungan takbir mengirinya.

[3] Sebaik selesai ucaputama, TGHA dan seluruh perwakilan sama2 mengundi. Dan sudah pasti TG juga cukup maklum bahawa nama TG sendiri secara rasminya ditabalkan dalam "senarai chai" calon2 yg wajib dipilih oleh perwakilan apabila Dewan Ulamak PAS Pusat memaparkan senarai itu dlm halaman rasmi party, termasuk juga perwakilan dibekalkan "kertas chai" utk memudahkan perwakilan memilih nama-nama yg sudah mendapat restu "ulamak" tersebut.

[4] Malam hari pertama itu juga, pasti TG sudah mendapat maklum, bahawa semua nama dlm pilihan chai tersebut telah menang total, dan semua nama2 yg dianggap perosak dan pemusnah PAS (ie: dikatakan berselindung spt bongkah ais) oleh menantu TG sendiri, telah kalah semuanya, yg membawa erti semua susuk perosak tersebut bakal tiada lagi di keliling TG dan di dalam mesyuarat PAS.

[5] Dan saya yakin, TG masih ingat jelas pada esoknya, 5/6/2015 iaitu hari kedua muktamar, TG turun dari pentas bersama seorg chai yg baru menang, dan TG arahkan secara terus Ketua JK Usul Muktamar utk pastikan "muktamar mesti terima tanpa bahas" usul tergempar Dewan Ulamak PAS utk "putuskan hubungan dgn DAP" itu.

Tuan Guru yg dihormati,

[6] Saya yakin, TG cukup faham, seperti ucaputama TG sendiri bahawa Muktamar adalah badan syura tertinggi dlm PAS melangkau semua keputusan2 lain dlm parti. Dan sejak Muktamar 2008 telah membuat satu keputusan yg sgt tegas, ie, wajib kekalkan tahaaluf siyasi sebab keuntungan dakwah untuk PAS yg begitu banyak. TG faham, dalam muktamar itu adanya segala macam bijak pandai dan cendekiawan agama, termasuklah ulamak dan Majlis Syura Ulamak, JK PAS Pusat, Dewan-dewan, dan juga hampir 2000 perwakilan yg merupakan pembuat keputusan utk parti. Mereka hadir dgn amanah ahli utk membuat keputusan, bukan dicucuk hidung atau dipaksa berdiam diri.

[7] Bahkan TG cukup tahu, usul Dewan Ulamak seperti yg disebut oleh Dr Mahfuz Ketua Dewan Ulamak sendiri, memang diangkat sbg "usul tergempar" di saat akhir dengan satu sahaja tujuan mereka, iaitu utk usul itu diperbahaskan oleh perwakilan, sebelum apa-apa keputusan terima atau tolak dibuat.

[8] Bahkan TG sendiri tahu, hasil tindakan veto TG itulah, kesemua kertas usul terpaksa dicetak semula utk dibaca perwakilan, dan TG pasti tidak lupa betapa kali pertama dalam sejarah sungguh berkocaknya muktamar hasil dari tindakan veto tanpa hujjah TG memaksa perwakilan terima usul untuk "putuskan dengan DAP" tersebut, antaranya tindakan...;

(a) Pandangan perwakilan Negeri Sembilan, anak kepada mantan Presiden PAS yg juga merupakan Peguam PAS menegur tindakan salahguna kuasa TG membelakangkan muktamar itu sbg kesalahan dan dosa besar, sebab ia bertentangan dgn perlembagaan party sendiri. Faktanya, TG sbg Presiden tidak pernah memiliki hak sedemikian spt tertakluk di dalam perlembagaan.

(b) Kedua, pandangan perwakilan Kota Raja cukup jelas bahawa TG tiada hak untuk menjadi diktator memaksa perwakilan PAS wajib membabi-buta taat sahaja pada arahan tersebut, walau pun TG bercakap sbg ulamak besar sekalipun. Perwakilan itu mengingatkan bahawa setiap tindakan mestilah disandarkan hujjah, dan hujjah tersebut mestilah dikemukakan utk kefahaman. Perwakilan tersebut memberi peringatan bahawa tanggungjawab Presiden adalah utk membuat keputusan secara bersama (syura), bukannya veto, bukan diktator, dgn memaksa "putuskan hubungan dgn DAP" oleh satu kepala sahaja utk sehingga menolak keputusan 7 kali muktamar sejak 2008 lagi.

(c) Bahkan TG mesti ingat, org kuat dan org kanan TG sendiri, seorg Adun dari Marang yg berkali-kali bangkit membantah keras tindakan TG tersebut sbg merosakkan jamaah dan mengundang FITNAH yg begitu besar pada PAS dan PR dan diri TG sendiri. Perwakilan itu menyebut, sememangnya keputusan spt arahan TG itulah sgt diidamkan oleh UMNO sejak sekian lama. Segala teriakan, amaran dan marah Adun dari Marang tersebut diabaikan sahaja oleh TG.

(d) Bahkan TG mesti ingat perwakilan Sabah dan perwakilan2 lain pakat bangun nyatakan PAS pasti menuju kehancuran tatkala elemen salah guna veto dibenarkan dilakukan oleh Presiden tanpa mahu ikut keputusan syura muktamar yg tertinggi. Hingga pagi ketiga itu, dewan gamat dgn teriakan dan herdikan marahnya mereka pada TG atas salah guna kuasa tersebut.

(e) Dan yg paling jelas, TIDAK ADA seorang pun dari kalangan perwakilan yg bangkit "bersetuju" dgn "usul diterima tanpa bahas" tersebut. Itulah FAKTA nya!

Ya, itu semua adalah apa yg berlaku dlm dewan muktamar yg cuba TG kiaskan sebaliknya. Ramai yg tidak tahu kejadian di dalam dewan itu, pasti akan denganmudah sekali terpedaya apabila membaca tulisan TG bahawa keputusan putus dgn DAP itu adalah keputusan muktamar PAS! Allahu...

[8] Dan ya, selesai segala insiden itu, TG sendiri perhatikan satu persatu pimpinan utama, atau bekas pimpinan, lama dan baru bersama alirkan airmata kekecewaan atas salah guna veto yg dilakukan oleh TG tersebut. Semua pulang dengan mulut terdiam dan tiada jawapan di bawa pulang. Sejarah dilakarkan dengan begitu 'aib sekali oleh TG Presiden PAS pada Muktamar 2015 itu, dihadapan ratusan pihak media dan pemerhati dalam dan luar.

Sejarah yg memalukan itu termaktub dalam semua media, antaranya menulis;

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hadi-arah-lulus-usul-dengan-dap-kata-mahfuz

[9] Dan dengan segala kerosakan yg TG mulakan itu, maka jadilah PAS seperti hari ini, jadilah PAS dengan penuh hormat memasuki perangkap UMNO, dan robohlah PR dgn raikanlah kegembiraan itu oleh UMNO yg begitu longlai pada masa ini.

Tindakan TG itulah satu-satunya kejayaan utama UMNO yg diperjuangkan sejak 2008 hingga hari ini. Maka sebaik muktamar itu, bersahutanlah ucapan tahniah dari UMNO dan NGO asobiyyah Melayu tajaan UMNO atas kejayaan Presiden PAS sendriri meruntuhkan satu uasaha tahaaluf yg dimulakan sungguh oleh Al-Marhum Ustaz Fadhil Noor dan Al-Marhum TG Nik Aziz sejak sekian lama.

Tuan Guru yg dihormati,

[10] Kami memohon maaf kerana itulah yg bakal generasi kami dan generasi selepas ini akan kenangkan kemusnahan dakwah yg TG lakukan pada perjuangan Islam ini, sebagai mengendalakan perjuangan meruntuh sistem zalim yg diasaskan sejak sekian lama oleh UMNO. Kami tiada hujjah yg mampu untuk dibentangkan pada generasi akan datang, apakah alasan setiap tindakan veto TG itu.

[11] Dan tulisan TG minggu lepas itu, jelas TG cuba selewengkan fakta dengan memberikan alasan kononnya tindakan itu adalah "keputusan muktamar". Maaf TG, Nabi memberikan amaran sgt pedih pada ummatnya yg berbohong dan menfitnah dalam keadaan dia sedar kesan dari perbuatannya itu.

Tuan Guru yg dihormati,

[12] Akhirnya TG mesti segar ingatan, genap sebulan selepas muktamar itu, apabila masih tiada keputusan dibuat, saya bangun di hadapan TG bertanya secara langsung pada TG, apakah "thawabit perjuangan" atau prinsip Islam yg telah terpaksa digadaikan oleh PAS yg berkali-kali TG sebut sebagai punca PAS terpaksa putuskan dengan DAP tersebut.

[13] Ratusan perwakilan dalam Dewan Utama UniSel itu menjadi sakasi, bahawa TG "langsung tidak menjawab" sedikit pun soalan ringkas saya dan beberapa soalan oleh hadirin lain yg bertanya tentang isu yg sama.

[14] Bahkan bila ditanya lagi, apakah jalan keluar dari segala permasalahan perpecahan PR tersebut, TG sekali lagi gagal memberikan apa-apa jawapan, selain menyebut "apa yg akan berlaku pada PAS dan PR semuanya ada dalam perancangan Allah, dan Allah sahaj yg tahu", tanpa adanya jalan perancangan keluar dari kerosakan yg TG sendiri mulakan itu.

[15] Namun sebaliknya, TG mungkin gembira atau redhoi pula sebahagian besar hadirin Pemuda PAS dan Ulamak PAS yg bersemangat laungkan sorakan pada saya, memaki-hamun saya di hadapan ratusan hadiran, bahkan TG membiarkan sahaja ustaz-ustaz itu meminta TG pecat segera saya dari parti hanya atas pertanyaan ringkas dan cukup berhemah tersebut.

Tuan Guru yg dihormati,

[16] Hingga hari ini, TG masih belum pernah memberikan apa2 pun jawapan dari perlaksaan veto TG pada 5/6/2015 tersebut. Namun TG hanya bercakap soal berkaitan wajibnya walak, taat, kesatuan ummah, dan sebagainya yg meruntun ahli ikut tanpa faham. TG hanya mahukan pidato TG didengari, diulangi, dipatuhi, tetapi TG sendiri gagal membentangkan hujjah dan patuh pada keputusan syura parti PAS yg TG pimpin sendiri.

Maaf TG. Saya terpaksa menulis, dan berbeda pandanagn dari majority pengikut ta'asub TG itu, dan saya doakan Allah bukakan "jalan keluar yg benar" buat TG perbetulkan semula amanah ummah yg begitu besar itu.

W'alam
Ahmad Sayuti Bashiron