Di Celah-celah dinding terdengar suara YBhg KAN mengumumkan senarai pegawai yang terlibat dengan pertukaran yang berkuatkuasa pada 1 September 2009. Nama pegawai yang di umumkan tidak begitu jelas, antara nama yang disebut adalah rakan-rakan yang sama-sama menghadiri kursus LOM di Port Dikson yang lalu. Berita tersebut disahkan lagi dengan pemberitahuan oleh TPAN. Semua yang dilantik secara pemangkuan pada 16 Mei 2008 terlibat dengan pertukaran tersebut. Pukul 2.00 petang, surat resmi mengenai arahan pertukaran tersebut diterima melalui Faks. Oleh itu pada 1 September 2009, maka akan melapur diri di KDN sebagai TSUK yang kosong tersebut. Maka berakhirlah penantian sejak awal tahun 2009 lagi.
Thursday, 27 August 2009
Wednesday, 26 August 2009
26 Ogos 2009
Hari kemerdekaan semakin hampir, suasana menyambut hari kemerdekaan makin terasa, semua bangunan mula mengibar bendera kebangsaan (Jalur Gemilang) sebagai tanda Negara telah merdeka dan lihat lah Bangunan Wisma Persekutuan yang baru terletak diBandar Muadzam Shah juga telah diselimuti oleh Jalur Gemilang. Tetapi bagaimana pula minda rakyat malaysia adakah telah merdeka. Dari keputusan beberapa siri pilihan raya kecil yang lalu, perkembangan positif telah kelihatan kerana minda rakyat telah merdeka dan tidak lagi terikat dengan mitos kolot. Yang terkini semalam PRK N11- Permatang Pasir, Calun PAS telah menang dengan majoriti 4,551 undi. Rakyat dah berani menolak janji manis, sedangkan rakyat menghadapi krisis kekurangan gula yang masih tidak menunjukkan akan berakhir krisis kekurangan gula hingga kini, Syabas rakyat yang merdeka minda, biarkan siluncai terjun dengan labu-labunya.
Wednesday, 12 August 2009
Tuesday, 11 August 2009
Perjalanan Hari Ini
Perjalanan ptg ni untuk Entrance Conf di P**M dengan Iringi PAN dan TPAN telah menyerlah ketidak serasian dan ketidak fahaman atau kesenyajaan masing-masing untuk tidak memahami antara satu sama lain dalam menggerak sebuah kapal yang dipenuhi anak2 kapal. Kesifatan yang lebih syor sendiri walaupun niat yang betul secara betul bendul membuatkan suasana ketidak selesaan kepada banyak anak2 kapal yang masing-masing mempunyai sifat tanggungjawab dan semangat yang begitu tinggi untuk menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan berada dalam keadaan yang serba tidak kena untuk mematuhi arahan dan keputusan yang tidak begitu tepat dan sesuai. Masing-masing membiarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya......... biarkan, biarkan, biarkan..............................................
Monday, 10 August 2009
Tugasan
Program yang dirancang bagi tahun 2009 yang telah dirancang sejak tahun 2008 lagi perlu dipinda kerana terdapat beberapa kelemahan yang tidak sepatutnya berlaku ini menyebabkan pertambahan beban tugas hampir 100% dari program asal. Persoalannya yang mana perlu didahulukan kuantiti or kualiti, pertambahan yang begitu ketara, keutamaan nya adalah kualiti supaya target yang ditetapkan akan dicapai, dimana pula kualiti hendak diletak.................
Subscribe to:
Posts (Atom)