Wednesday, 11 November 2009

AD, KDN

Keadaan nampak nya tak seharmoni yang disangka, tak pa, hanya 5 tahun saja lagi nak service. Siapkan Program tahun 2010, dan pilih Distenasi yang digenari,

Program pertama ialah Ke Sabah, ke2 ialah Kelantan dan Sarawak, yang lain boleh la lepas ni

Saturday, 7 November 2009

Lama Tak Up date

Kenapa jadi begini ya, mungkin suasana politik tak begitu panas kut. Blog ini lebih kepada perbincangan isu-isu politik semasa.

Mesyuarat , Mesyuarat dan Mesyuarat

Entah la, tiap2 hari dan menu nya adalah sama aje, samaada mesyuarat pagi atau petang ia-itu - roti jala 4 keping dan buah (angggur 3 biji, epal sehiris dan orange sehiris)

Thursday, 27 August 2009

Penantian Berakhir


Di Celah-celah dinding terdengar suara YBhg KAN mengumumkan senarai pegawai yang terlibat dengan pertukaran yang berkuatkuasa pada 1 September 2009. Nama pegawai yang di umumkan tidak begitu jelas, antara nama yang disebut adalah rakan-rakan yang sama-sama menghadiri kursus LOM di Port Dikson yang lalu. Berita tersebut disahkan lagi dengan pemberitahuan oleh TPAN. Semua yang dilantik secara pemangkuan pada 16 Mei 2008 terlibat dengan pertukaran tersebut. Pukul 2.00 petang, surat resmi mengenai arahan pertukaran tersebut diterima melalui Faks. Oleh itu pada 1 September 2009, maka akan melapur diri di KDN sebagai TSUK yang kosong tersebut. Maka berakhirlah penantian sejak awal tahun 2009 lagi.


Wednesday, 26 August 2009

26 Ogos 2009

















Hari kemerdekaan semakin hampir, suasana menyambut hari kemerdekaan makin terasa, semua bangunan mula mengibar bendera kebangsaan (Jalur Gemilang) sebagai tanda Negara telah merdeka dan lihat lah Bangunan Wisma Persekutuan yang baru terletak diBandar Muadzam Shah juga telah diselimuti oleh Jalur Gemilang. Tetapi bagaimana pula minda rakyat malaysia adakah telah merdeka. Dari keputusan beberapa siri pilihan raya kecil yang lalu, perkembangan positif telah kelihatan kerana minda rakyat telah merdeka dan tidak lagi terikat dengan mitos kolot. Yang terkini semalam PRK N11- Permatang Pasir, Calun PAS telah menang dengan majoriti 4,551 undi. Rakyat dah berani menolak janji manis, sedangkan rakyat menghadapi krisis kekurangan gula yang masih tidak menunjukkan akan berakhir krisis kekurangan gula hingga kini, Syabas rakyat yang merdeka minda, biarkan siluncai terjun dengan labu-labunya.

Tuesday, 11 August 2009

Perjalanan Hari Ini

Perjalanan ptg ni untuk Entrance Conf di P**M dengan Iringi PAN dan TPAN telah menyerlah ketidak serasian dan ketidak fahaman atau kesenyajaan masing-masing untuk tidak memahami antara satu sama lain dalam menggerak sebuah kapal yang dipenuhi anak2 kapal. Kesifatan yang lebih syor sendiri walaupun niat yang betul secara betul bendul membuatkan suasana ketidak selesaan kepada banyak anak2 kapal yang masing-masing mempunyai sifat tanggungjawab dan semangat yang begitu tinggi untuk menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan berada dalam keadaan yang serba tidak kena untuk mematuhi arahan dan keputusan yang tidak begitu tepat dan sesuai. Masing-masing membiarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya......... biarkan, biarkan, biarkan..............................................


Monday, 10 August 2009

Tugasan

Program yang dirancang bagi tahun 2009 yang telah dirancang sejak tahun 2008 lagi perlu dipinda kerana terdapat beberapa kelemahan yang tidak sepatutnya berlaku ini menyebabkan pertambahan beban tugas hampir 100% dari program asal. Persoalannya yang mana perlu didahulukan kuantiti or kualiti, pertambahan yang begitu ketara, keutamaan nya adalah kualiti supaya target yang ditetapkan akan dicapai, dimana pula kualiti hendak diletak.................

Tuesday, 16 June 2009

Musim Laporan Kembali Lagi

Menjelang bulan Ogos, musim untuk menyiapkan laporan menjelang lagi, macam juga musim durian. Tetapi yang menjadi muskhil ialah kenapa masalah yang sama berulang seperti ;
i) Kesuntukan masa
ii) Penyediaan dalam keadaan yang tidak tersusun dan penuh dengan kalam kabut
iii) Maklumat tak cukup, terkejar kesana kesini

Kenapa jadi begini;
i) Matlamat yang tak jelas dan tetap dan tepat
ii) Suka meniru dan masing-masing ingin mengampu
iii) Ingin menjaga kepentingan diri dalam organisasi
iv) Tidak telus dan berfikiran terbuka.

Keadaan yang kalamkabut, terkejar dan kerkuntang kanting akan berulang jika pihak yang berautariti masih tidak berubah.

Friday, 29 May 2009

Politik Terkini


Pilihanraya kecil berlaku lagi, di penanti dan manik urai,

Penanti, Be End dah angkat bendera putih, konon untuk menjimatkan Wang Rakyat, tapi kat manik urai nak bertanding gak, walaupun itu kubu Pas, bagi kita yang berfikiran rasional dan tanpa memihak kemana-mana parti akan tertanya rasional Be End bertanding kat manik Urai, Tapi jika bertanding atas dasar prinsip maka Be End lebih bermaruah, kerana Be end adalah parti pemerintah, tapi kalau yang buta politik sahaja menerima alasan Be end.

Tuesday, 17 February 2009

Pendakian 3 Bukit

PRK- Pendakian Rakyat Kemana, 3 bukit perlu didaki, adakah PR berjaya mencapainya.Parti yang makin mereput seperti kereta buruk mana mungkin berjaya mendaki bukit.

PK adalah pilihan Rakyat, tempoh hampir setahun 4 Negeri di perintah oleh PR, rakyat telah dapat melihat kebobrok parti **** selama melebihi 50 tahun memerintah, jauh sekali mentadbir.

Saturday, 24 January 2009

Jihat & Islam

Dimana Jihad oleh Umat Islam di zaman ini, tanpa jihad islam entah kemana. Selagi roh islam ada di dada umat islam, Jihad tetap hidup

Saturday, 3 January 2009

Osman Aziz

Apadah jadi dengan Bola Sepak Kedah Musim 2009, adakah ada pergolakan dalam KFA yang menyebabkan kedah di belasah oleh selangor dengan 4 -0 . Mana penyokong Hijau Kuning, adakah anda telah ditipu oleh pemain atau tanda protes oleh pemain, renungkan lah.